Krisis bank AS lonjak harga emas, RM265.61 segram - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Krisis bank AS lonjak harga emas, RM265.61 segram


KUALA LUMPUR: Harga emas fizikal melonjak kepada RM265.61 segram, meningkat RM2.55 atau 0.96 peratus daripada RM263.06 ketiga ditutup semalam.

Di pasaran global, niaga hadapan emas New York Mercantile Exchange COMEX mendapat permintaan tinggi dengan harga melonjak berikutan kebimbangan mengenai kemelut beberapa bank di Amerika Syarikat (AS).

Kontrak emas paling aktif untuk penghantaran April meningkat AS$49.30, atau 2.64 peratus, untuk ditutup pada AS$1,916.50 setiap auns.

Saham perbankan AS menjunam akibat krisis kewangan Silicon Valley Bank.

Sekurang-kurangnya 20 bank telah dihentikan dagangan setelah saham mereka jatuh secara mendadak.

Kegawatan dalam industri perbankan ini mendorong pelabur membeli emas yang dianggap instrumen pelaburan selamat.

Emas mendapat sokongan tambahan di tengah kejatuhan indeks dolar AS dan hasil perbendaharaan.

Pelabur juga sedang menunggu laporan indeks harga pengguna pada hari ini.

Logam berharga lain seperti perak untuk penghantaran Mei juga meningkat AS$1.417, atau 6.91 peratus, untuk ditutup pada AS$21.923 setiap auns.

Platinum untuk penghantaran April meningkat AS$42.70, atau 4.44 peratus, untuk ditutup pada AS$1,004.90 setiap auns.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini