Nilai ringgit naik sedikit pagi ini - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Nilai ringgit naik sedikit pagi ini


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini apabila pergerakan dolar AS berhenti rehat seketika berikutan penurunan kecil dalam hasil Perbendaharaan semalam dan menjelang Laporan Monetari Separuh Tahunan Rizab Persekutuan (Fed) AS kepada Kongres, kata seorang penganalisis.

Pada 9.00 pagi, mata wang tempatan menambah nilai menjadi 4.4740 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.4760/4800.

Ketua Ekonomi Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata dagangan hari ini dijangka lesu kerana peserta pasaran mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang testimoni pengerusi Fed, Jerome Powell yang dijadualkan hari ini dan esok.

"Jelas sekali, pasaran sedang menantikan lebih banyak petunjuk kerana Persekutuan dijangka menunjukkan keazamannya untuk mengekalkan pendirian dasar monetari yang sangat ketat.

"Berhubung tindakan dasar monetari, Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka memberikan kenaikan 25 mata asas dalam kadar tunai. Sekali lagi, ringgit diunjur diniagakan dalam lingkungan RM4.47 hingga RM4.48 berbanding dolar AS," katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh nilai berbanding pound Britain kepada 5.3786/3853 daripada 5.3842/3890 pada penutup Isnin dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2875/2921 daripada 3.2895/2927, tetapi menyusut nilai berbanding euro kepada 4.7778/7837daripada 4.7575/7618

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu didagangkan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang ASEAN.

Ia menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3244/3290 daripada 3.3259/3294 pada Isnin dan bertambah baik berbanding peso Filipina pada 8.13/8.15 daripada 8.16/8.17.

Mata wang tempatan juga meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 292.4/293.0 daripada 292.5/293.0 sebelumnya tetapi meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9303/9356 daripada 12.9626/9810.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini