Para Pemenang Promo Ultimate Trading Birthday FBS Sudah Diketahui - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Para Pemenang Promo Ultimate Trading Birthday FBS Sudah Diketahui


Kami telah menutup promosi Ultimate Trading Birthday kami dengan acara cabutan hadiah-hadiah lumayan.

Dari 9 Februari hingga 9 Mac, kami telah menjemput para pedagang dari setiap jenis untuk bersama meraikan komuniti FBS. Sepanjang tempoh ini, lebih 100,000 orang peserta telah menyertai promosi ini. Setiap pedagang telah memenangi hadiah yang dijamin untuk lima tiket pertama mereka, termasuk konsultasi peribadi dengan penganalisis FBS untuk mencari strategi perdagangan yang efektif, atau mendapatkan idea dan wawasan bagi memperbaiki strategi yang sedia ada.

Pada 17 Mac, kami telah mengadakan cabutan bagi mendapatkan pemenang bertuah Mercedes-Benz CLA-class dan gajet-gajet premium, termasuk MacBook Air, iPad Pro, iPhone 14 Pro, AirPods 3, Samsung Galaxy Tab S6, dan pelbagai hadiah lain dari kalangan para pedagang yang menyertai promosi ini.

Pemenang hadiah utama, Mercedes-Benz CLA-class, adalah pelanggan kami dari Malaysia dengan nombor tiket 790194. Para pedagang dari Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Brazil, Jepun, Nigeria, dan pelbagai negara lain juga ada dalam senarai pemenang. Mereka telah memenangi gajet-gajet mewah seperti telefon, laptop, "earphone", dan banyak lagi. Anda boleh semak senarai penuh para pemenang di sini.

Tahniah kepada semua! FBS akan menghantarkan semua hadiah kepada para pemenang sebaik setelah ia tersedia.

Mereka yang ingin tahu boleh menonton video kami untuk melihat bagaimana acara cabutan itu berlangsung menerusi pautan ini. Selain itu, jika anda mahu mencuba sendiri dan memenangi hadiah, anda boleh tinjau promosi-promosi lain daripada FBS.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini