Anugerah 10 Broker Paling Popular 2022 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Anugerah 10 Broker Paling Popular 2022


Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa FOLLOWME, sebuah syarikat yang mengendalikan salah satu komuniti dagangan terkemuka dunia, telah mengiktiraf XM dengan Anugerah 10 Broker Paling Popular 2022!

FOLLOWME telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan dikenali sebagai sebuah syarikat yang dipacu oleh pedagang. Ia menyediakan platform kepada pelabur dan pedagang dari seluruh dunia untuk berhubung, bertukar idea dan pengalaman, serta membangunkan strategi dagangan.

Kami teruja untuk menerima pengiktirafan sebagai salah satu broker industri paling popular oleh FOLLOWME. Anugerah itu merangkumi kecemerlangan perkhidmatan pelanggan, keadaan dagangan dan kepuasan pelanggan kami secara keseluruhan. Kami, pihak XM, komited untuk menyediakan persekitaran dagangan yang terbaik, perkhidmatan pelanggan kelas pertama, serta rangkaian alat dan platform dagangan yang canggih kepada semua pelanggan.

Anugerah ini adalah bukti ketekunan dan komitmen pasukan kami terhadap semua pelanggan. Ia juga merupakan bukti penglibatan kami dalam komuniti dagangan dan dedikasi kami untuk menyokong para pedagang di seluruh dunia.

Kami amat menitikberatkan ketelusan dan keadilan, di samping mematuhi nilai-nilai syarikat; TEGUH, AMANAH & PRIHATIN. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang ideal kepada semua pedagang untuk membantu mereka berjaya, dan kami sedia berkhidmat untuk para pelanggan di semua wilayah yang berkaitan dengan perkhidmatan kami.

Bagi pihak seluruh pasukan XM, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pengiktirafan yang diberikan oleh FOLLOWME. Kami akan terus berusaha untuk menetapkan standard yang lebih tinggi dalam industri, dan menyediakan pengalaman dagangan bertaraf dunia kepada semua pelanggan kami.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini