Bagaimana Perdagangan Boleh Diselaraskan Dengan Agama Islam - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimana Perdagangan Boleh Diselaraskan Dengan Agama Islam


Beberapa tahun kebelakangan ini, populariti perdagangan telah menyaksikan peningkatan yang drastik, dengan perdagangan Forex paling banyak menarik perhatian ramai pedagang di seluruh dunia. Namun, memandangkan semakin ramai orang dari pelbagai latar belakang budaya dan agama menunjukkan minat dalam perdagangan, persoalan sama ada aktiviti ini selaras dengan undang-undang dan nilai agama tertentu juga timbul.

Isu ini sangat relevan apabila ia berkait dengan kepercayaan Islam dan undang-undang Syariah kerana ada beberapa perkara yang dilarang dalam Islam tampak seperti tidak boleh dipisahkan daripada perdagangan. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang sebab mengapa perdagangan boleh dianggap sebagai haram, dan bagaimana anda boleh memastikan pelan perdagangan anda selari dengan tuntutan undang-undang Islam.


Sifat perdagangan yang kompleks

Persoalan sama ada perdagangan itu haram atau halal telah banyak dibincangkan oleh para ulama, dan mereka masih belum menemui satu jawapan yang muafakat. Itu tidak bermakna perdagangan dan pelaburan itu sendiri sesuatu yang dilarang di bawah undang-undang Syariah; tetapi, terdapat ada beberapa aspek yang berkaitan dengan aktiviti ini yang mungkin bercanggah dengan nilai-nilai yang telah ditentukan menurut nas al-Quran, khususnya:

unsur riba — menurut al-Quran, umat Islam dilarang untuk menyertai riba, atau aktiviti perniagaan yang melibatkan caj bunga. Ini boleh menjadi masalah dalam perdagangan kerana broker ada mengenakan faedah – komisen swap – jika pedagang mengekalkan posisi mereka yang dibuka semalaman. Terdapat juga pelaburan yang memberikan faedah atau bunga kepada pedagang. Ini tidak sesuai dengan undang-undang Islam di mana faedah atau bunga ini juga boleh dianggap sebagai riba.

judi — dalam Islam, perjudian ditakrifkan sebagai transaksi kewangan yang berlaku apabila pihak yang melepaskan harta mereka berbuat demikian dalam keadaan yang tidak menentu, atau secara kebetulan. Dalam erti kata lain, anda mempertaruhkan wang anda dalam keadaan dimana anda langsung tidak mempunyai kawalan ke atas hasilnya, dan ini adalah dilarang sama sekali. Walaupun perdagangan dan perjudian hanya mempunyai sedikit persamaan sahaja, ramai orang menganggapnya sebagai lebih kurang sama kerana terdapat beberapa peringkat ketidakpastian dalam perdagangan.

pelaburan yang tidak beretika — adalah haram untuk melabur dalam organisasi yang mengamalkan dan mempromosikan aktiviti yang dilarang oleh al-Quran, seperti pengambilan alkohol, pornografi, perjudian, dll.

Seperti yang anda lihat, sebab mengapa sesetengah ulama menganggap perdagangan sebagai aktiviti tidak halal bukanlah berkaitan dengan perbuatan berdagang itu sendiri, tetapi lebih kepada cara bagaimana ia dilaksanakan. Untungnya, pada masa ini terdapat pendekatan lain untuk berdagang yang membolehkan pedagang Muslim untuk turut serta dalam transaksi kewangan tanpa melanggar prinsip asas kepercayaan mereka.


Cara berdagang mengikut Islam

Gunakan akaun perdagangan Islam

Berita baiknya ialah, majoriti broker kini menawarkan akaun perdagangan Islam yang menghapuskan kemungkinan untuk pedagang Muslim daripada menerima atau membayar apa-apa jenis faedah atau bunga. Akaun ini biasanya mengecualikan komisen yang perlu dibayar oleh pedagang untuk memastikan dagangan mereka dibuka lebih lama daripada satu hari.

Sebagai contoh, FBS memberikan penggunanya pilihan untuk membuka akaun bebas swap, yang membolehkan pedagang memegang posisi untuk semalaman tanpa membayar sebarang faedah. Dengan pilihan ini, anda tidak akan menerima atau membayar komisen swap, seperti mana yang perlu dilakukan oleh pedagang Muslim untuk memastikan perdagangan forex mereka halal.

FBS juga memungkinkan pedagang untuk menggunakan pilihan bebas swap walaupun dengan akaun cent dan demo, yang boleh membantu pedagang pemula untuk berlatih berdagang tanpa perlu risau tentang membayar faedah.

Berwaspada dengan cara anda berdagang

Pengesyoran ini menangani salah tanggapan yang popular bahawa perdagangan itu sebenarnya adalah perjudian. Tidak seperti perjudian, pedagang perlu bekerja keras untuk menganalisis pasaran dan membina strategi untuk berjaya. Mereka tidak bergantung pada peluang atau kebarangkalian. Sebaliknya, mereka memerlukan kemahiran yang sangat tinggi, kebijakan dan mesti memahami bagaimana pasaran berfungsi bagi memastikan urusniaga perdagangan mereka adalah yang paling menguntungkan. Ini menuntut masa, usaha dan dedikasi untuk mempelajari tentang semua maklumat yang diperlukan untuk berdagang, dan juga usaha keras untuk belajar menggunakan pengetahuan ini dalam dunia sebenar.

Namun, walaupun perdagangan adalah aktiviti yang jauh lebih rumit berbanding perjudian, ramai pedagang baharu boleh memiliki apa yang dipanggil psikologi perjudian. Mereka melihat pasaran kewangan sebagai kasino mewah dan mempertaruhkan wang mereka tanpa melakukan penyelidikan pasaran. Pedagang Islam harus berhati-hati agar tidak menjadi mangsa mindset perjudian ini jika mereka ingin mengikut peraturan kepercayaan mereka.

Pilih apa yang hendak diperdagangkan dengan bijak

Jika anda ingin berdagang saham, anda harus menyelidik sama ada syarikat yang anda rancang untuk melabur itu ada membenarkan aktiviti yang dilarang oleh al-Quran atau tidak. Pedagang juga harus memastikan sesebuah syarikat itu untuk mempunyai aset fizikal sebenar yang menjamin semua transaksi kewangan, jadi berdagang Forex atau logam berharga boleh menjadi pilihan yang baik dalam hal ini. Walau bagaimanapun, perdagangan CFD dianggap haram dan riba di bawah prinsip asas Islam perdagangan kerana ia tidak melibatkan pemilikan aset fizikal. Sebaliknya, anda dianggap berjudi pada harganya, suatu yang dilarang sama sekali. Menyelidik aset yang ingin anda dagangkan juga adalah satu kemestian jika anda ingin berdagang mengikut kepercayaan agama anda.


Kesimpulan

Pedagang Islam mungkin menghadapi banyak cabaran jika mereka memutuskan untuk menyertai dunia perdagangan, tetapi mereka masih boleh untuk melakukannya tanpa melanggar nilai mereka. Membuka akaun perdagangan Islamik, mempelajari cara menganalisis pasaran dan menggunakan pengetahuan ini dalam amalan berdagang, serta memilih aset yang sesuai untuk berdagang, semuanya sangat penting untuk memastikan pengalaman perdagangan anda sejajar dengan kepercayaan Islam.

\

FBS sangat mengambil berat dalam usahanya untuk memberikan semua pelanggan pengalaman perdagangan yang terbaik. Pedagang Islam boleh membuka akaun perdagangan Islamik dan tidak perlu risau tentang swap dan yuran faedah lain. Tambahan lagi, untuk meraikan kehadiran bulan Ramadan yang mulia, FBS telah melancarkan satu kejutan istimewa untuk para pelanggan Muslimnya ― promo amal Trade & Aid! Untuk satu tempoh yang terhad, anda boleh membuka akaun Trade & Aid, buat deposit pertama anda berjumlah sekurang-kurangnya $100 dan dapatkan bonus 300% untuk  deposit ini dan setiap deposit anda yang berikutnya. Dan selepas promosi ini tamat, FBS akan mendermakan 50% daripada semua komisen spread kepada pelbagai badan amal. Dengan itu, mari kita sambut bulan Ramadan dan membantu mereka yang lain bersama-sama!


Soalan lazim

Apakah itu swap?

Swap ialah faedah yang anda perlu bayar untuk membiarkan urusniaga kekal aktif semalaman di pasaran Forex. Faedah ini dikenakan kerana apabila anda membeli satu matawang, anda meminjam matawang lain dalam pasangan tersebut.

Apakah itu akaun bukan Islamik?

Jika anda mempunyai akaun bukan Islamik, anda akan dikenakan bayaran yuran — swap — untuk memegang dagangan anda yang dibuka semalaman. Anda juga akan menerima faedah, iaitu suatu unsur haram menurut al-Quran.

Bagaimana cara untuk saya membuka akaun perdagangan Islamik?

Untuk mengaktifkan pilihan bebas swap, buka akaun perdagangan dan kemudian hubungi pasukan sokongan kami. Pilihan bebas swap tersedia untuk akaun standard, demo dan cent.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini