Malaysia perintis guna mata wang tempatan dalam perdagangan, pelaburan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Malaysia perintis guna mata wang tempatan dalam perdagangan, pelaburan


KUALA LUMPUR: Malaysia adalah antara negara perintis yang menggalakkan penggunaan mata wang tempatan untuk menyelesaikan perdagangan dan pelaburan, demikian kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau berkata, Malaysia telah menandatangani rangka kerja penyelesaian mata wang tempatan dengan Thailand dan Indonesia bagi menggalakkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan.

Malah, katanya, negara ini juga adalah antara yang pertama menandatangani perjanjian pengaturan swap mata wang dengan China bagi penggunaan yuan dan ringgit bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan membabitkan kedua-dua negara.

Jelasnya, perjanjian swap mata wang itu mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara dan menggalakkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

"Malaysia adalah antara negara perintis dari segi menggalakkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan.

"Ia bukan baharu, kita menggalakkannya dan memberi opsyen yang meluas kepada perniagaan untuk penyelesaian boleh mengurangkan kos menjalankan perniagaan," katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2023 Jumaat lalu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai impak pengurangan penggunaan dolar Amerika Syarikat (AS).

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini