Ringgit diniaga lemah berbanding dolar AS, mata wang utama - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit diniaga lemah berbanding dolar AS, mata wang utama


KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal dagangan pagi ini di tengah-tengah kekurangan petunjuk mengenai penyelesaian kepada kebuntuan had hutang AS.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6025/6060 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada paras 4.6005/6045.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata gandingan dolar AS/ringgit kemungkinan tersekat pada paras RM4.60 sepanjang hari.

"Walaupun Rizab Persekutuan AS mungkin tidak begitu agresif dalam mengetatkan pendirian monetari mereka, isu mengenai had hutang AS terus menjadi tumpuan," katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan turun kepada 3.2941/2968 berbanding yen Jepun daripada 3.2821/2852 pada penutupan Selasa, lebih rendah berbanding euro menjadi 4.9399/9436 daripada 4.9327/9369 dan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.7168/7211 daripada 5.7129/7179 semalam.

Ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Nilai ringgit merosot berbanding baht Thai kepada 13.2496/2661 daripada 13.2251/2427 dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4067/4096 daripada penutupan urus niaga Selasa pada paras 3.4035/4070.

Mata tempatan juga menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 307.0/307.5 daripada 306.9/307.4 dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.18/8.19 daripada 8.16/8.17.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini