Ringgit ditutup pada 4.535 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup pada 4.535 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit mengehadkan penurunannya untuk mengakhiri dagangan minggu ini dengan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, walaupun mata wang negara maju itu agak kukuh susulan data ekonomi AS yang memberangsangkan.

Pada 6 petang Jumaat, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5350/5405 berbanding dolar AS daripada 4.5365/5395 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walau bagaimanapun, ringgit masih lemah walaupun terdapat kenyataan yang berpandangan bahawa kebuntuan siling hutang AS akan diselesaikan.

"Di peringkat tempatan, perdagangan Malaysia bagi April yang mencatatkan pertumbuhan rendah juga menunjukkan prospek permintaan luaran semakin mencabar dalam keadaan isu siling hutang AS yang berterusan," katanya.

Pada penutupan hari ini, ringgit didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.6370/6438 daripada 5.6452/6490 semasa ditutup pada Khamis serta naik berbanding euro kepada 4.8978/9037 daripada 4.9076/9108.

Unit domestik juga lebih stabil berbanding yen Jepun kepada 3.2839/2881 daripada 3.2926/2950.

Ringgit turut didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 303.6/304.2 daripada 305.0/305.4 ketika ditutup semalam serta kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3715/3758 daripada 3.3724/3748 semalam.

Ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 13.1862/2083 daripada 13.2105/2247 namun, susut berbanding peso Filipina kepada 8.14/8.16 daripada 8.11/8.13.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini