Ringgit ditutup rendah, RM4.53 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah, RM4.53 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pasaran melihat perbincangan mengenai siling hutang AS antara Presiden Joe Biden dan Speaker Dewan Perwakilan dari parti Republikan, Kevin McCarthy sebagai positif untuk dolar AS manakala pertumbuhan ekonomi China yang lemah terus membebankan ringgit.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.5350/5405 berbanding dolar US daripada 4.5365/5395 ketika ditutup pada Khamis.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes, berkata siling hutang berlanjutan tetapi pasaran kekal yakin dengan berhati-hati bahawa Biden dan McCarthy akan mencapai perjanjian menjelang hujung minggu ini.

"Pasaran memberi respons yang menggalakkan untuk dolar AS manakala pemulihan China yang tidak sekata, sentimen tempatan yang berhati-hati, aliran portfolio kurang menyokong dan pembelian dolar AS menjadikan ringgit lebih lemah," katanya.

Pada penutupan hari ini, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 5.6578/6634 daripada 5.6370/6438 ketika ditutup pada Jumaat, turun berbanding euro kepada 4.9189/9238 daripada 4.8978/9037 dan berkurangan berbanding yen Jepun pada 3.2973/3008 daripada 3.2839/2881 sebelumnya.

Ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit tempatan menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 305.3/305.8 daripada 303.6/304.2 ketika ditutup Jumaat, turun berbanding dolar Singapuran kepada 3.3799/3835 daripada 3.3715/3758 dan merosot berbanding baht Thai kepada 3.1950/2138 daripada 13.1862/2083.

Bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.14/8.16 sejak Jumaat lepas.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini