XM Beri Sokongan Kepada Mangsa Banjir di Johor - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

XM Beri Sokongan Kepada Mangsa Banjir di Johor


XM telah memberi sumbangan kepada program Pasca Banjir Johor anjuran We Listen Malaysia pada 23 April 2022 lalu, untuk membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di Seri Medan, Batu Pahat, Johor.

Sumbangan kami telah membantu seramai 65 mangsa banjir, dengan sokongan keperluan asas seperti beras, telur, minyak masak, tepung, lampin, teh dan kopi.

We Listen Malaysia ialah sebuah organisasi bukan kerajaan, dan mereka berkongsi nilai dan visi yang sama seperti XM untuk menjadikan dunia sebagai sebuah tempat yang lebih baik. Mereka telah bertungkus lumus menghulurkan pelbagai bantuan yang diperlukan oleh ramai mangsa banjir di Johor. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati untuk berganding bahu bersama organisasi ini bagi membantu golongan yang memerlukan.

Secara tidak langsung, kerjasama ini juga merupakan bukti komitmen kami yang berterusan untuk memberi sokongan kepada program yang menggalakkan tanggungjawab sosial dan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Ketahui lebih lanjut tentang We Listen Malaysia dan perkhidmatan mereka, di sini.








Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini