Ringgit semakin merosot, hampiri RM4.60 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit semakin merosot, hampiri RM4.60 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang lain pada akhir urus niaga Rabu berikutan kebimbangan mengenai prestasi sektor kewangan global.

Unit tempatan itu turut diasak oleh faktor lain termasuk kemungkinan berlakunya kemelesetan global, risiko berkaitan had siling hutang AS, jangkaan penurunan permintaan tenaga di Barat serta keadaan deflasi yang tepu di China.

Pada 6 petang, ringgit di paras 4.5920/5950 berbanding dolar AS daripada 4.5700/5750, semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes memberitahu Bernama bahawa rundingan berkaitan had siling hutang AS terbukti hanya mencatat kemajuan kecil.

Berikutan itu, katanya, peniaga mula menjangkakan berlakunya kemungkiran pembayaran hutang yang boleh memberi kesan lebih besar daripada tempoh berisiko.

"Tarikh berisiko itu adalah pada dua minggu pertama Jun," katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata sentimen mengelak risiko jelas ketara ketika ini dengan isu had siling hutang AS menjadi tumpuan utama.

"Indeks dolar AS misalnya terus mengukuh kepada 103.527 mata pada sesi urus niaga dan ringgit kelihatan lemah berbanding mata wang utama apabila pelabur beralih kepada mata wang selamat," katanya kepada Bernama.

Pada akhir urus niaga hari ini, ringgit turut susut berbanding kelompok mata wang utama.

Unit tempatan itu rendah berbanding pound Britain kepada 5.6877/6914 daripada 5.6577/6639; susut berbanding euro kepada 4.9470/9502 daripada 4.9251/9305 dan turun berbanding yen Jepun pada 3.3148/3172 daripada 3.3006/3044 semalam.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN lainny

Ia mencecah paras 3.4091/4115 berbanding dolar Singapura daripada 3.3920/3962 semalam yang melepasi paras terendah dalam tempoh dua dekad.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit terus susut kepada 308.1/308.5 daripada 307.1/307.7; rendah berbanding peso Filipina kepada 8.23/8.24 daripada 8.20/8.21 dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.2924/3073 daripada 13.1712/1920.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini