Ringgit susut ketara kepada 4.52 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit susut ketara kepada 4.52 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit susut ketara untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan indeks dolar AS (DXY) yang lebih tinggi.

Pada 6 petang, berbanding dolar AS, mata wang tempatan itu turun kepada 4.5250/5275 atau kira-kira 0.67 peratus berbanding 4.4975/5005 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ketika dipetik Bernama, berkata ringgit menurun selepas DXY meningkat 0.4 peratus kepada 102.96 mata daripada 102.56 mata.

Beliau berkata kadar pengangguran terkini bagi ekonomi United Kingdom (UK) menunjukkan bahawa pasaran buruhnya semakin lemah apabila kadar pengangguran terus meningkat kepada 3.9 peratus pada Mac daripada 3.8 peratus sebelumnya, kenaikan bulan yang kedua selepas kadar pada 3.7 peratus bertahan untuk beberapa bulan.

Ini mungkin membayangkan Bank of England akan menjadi kurang agresif kerana dasar monetari yang tegas telah menjejaskan ekonomi UK.

Situasi ini juga mungkin telah memberikan rangsangan kepada dolar AS kerana pertumbuhan global kelihatan akan lemah.

Justeru, pengelakan risiko menguasai pasaran pertukaran mata wang asing, mendorong permintaan yang lebih tinggi untuk mata wang selamat, katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding euro kepada 4.9006/9033 daripada 4.8991/9024 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6300/6331 berbanding 5.6367/6405 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.3039/30602 daripada 3.3126/3150 sebelum ini.

Mata wang tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean.Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.2059/2182 daripada 13.2400/2547 ketika ditutup pada Selasa, manakala ia merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 304.2/304.6 daripada 303.4/303.8.

Ringgit susut kepada 3.3659/3686 berbanding dolar Singapura daripada 3.3659/3686 semalam dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.05/8.06 daripada 8.02/8.06. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini