Nilai ringgit kukuh sedikit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Nilai ringgit kukuh sedikit


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini kerana pergerakan mata wang AS telah terjejas disebabkan kebimbangan terhadap siling hutang negara itu, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5230/5280 berbanding dolar AS daripada kadar penutup semalam 4.5250/5275.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berpendapat ahli-ahli politik AS akan berusaha menyelesaikan kebuntuan ini kerana mereka perlu memastikan ekonomi terus mengekalkan pertumbuhan.

"Cuma, situasi politik boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam pasaran kewangan," katanya kepada Bernama sambil menambah sehubungan itu, ringgit dijangka sedikit stabil hari ini.

Sementara itu, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata gandingan USD/MYR mungkin bergerak secara mendatar menjelang pengeluaran data Tuntutan Pengangguran Awal AS bersama-sama Indeks Pembuatan Persekutuan Philadelphia AS.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan lemah berbanding pound Britain kepada 5.6456/6518 berbanding 5.6300/6331 pada penutup Rabu dan susut berbanding euro menjadi 4.9034/9088 daripada 4.9006/9033 semalam, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2907/2945 daripada 3.3039/3060 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan bergerak mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 304.1/304.6 daripada 304.2/304.6 pada penutup Rabu, merosot kepada 3.3696/3736 berbanding dolar Singapura daripada 3.3693/3714 semalam, susut berbanding peso Filipina pada 8.07/8.09 daripada 8.05/8.06 dan rendah berbanding baht Thai kepada 13.2136/2343 daripada 13.2059/2182 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini