Kurang permintaan, ringgit lemah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kurang permintaan, ringgit lemah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Isnin berikutan kekurangan permintaan, di tengah-tengah kebimbangan mengenai ekonomi China serta kelemahan yuan.

Pada 6 pm, ringgit ditutup pada paras 4.6265/6350 berbanding dolar AS daripada 4.6130/6165 pad akhir urus niaga Jumaat lalu.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata keadaan agak lengang di pasaran pertukaran mata wang asing ketika beberapa bank pusat bertindak menyemak turun unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China bagi 2023.

"Harga minyak turut menerima impak kurang memberangsangkan susulan semakan tersebut. Bagaimanapun, berikutan penurunan kadar faedah dan unjuran langkah rangsangan ekonomi, kami menjangkakan kenaikan harga minyak dalam senario momentum pertumbuhan yang lemah dan sokongan dasar yang ketara," katanya kepada Bernama.

Innes berkata, susulan kaitan rapat pergerakan ringgit dengan yuan China, kalangan peniaga sebaliknya agak negatif terhadap ringgit pada permulaan urus niaga minggu ini.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penurunan ringgit adalah disebabkan oleh petunjuk Indeks Dolar AS, minyak mentah Brent dan yuan China yang memaparkan kelemahan ringgit.

Pelabur bagaimanapun kekal optimis terhadap langkah pihak berkuasa China melaksanakan langkah rangsangan ekonomi China selepas bank pusat, People's Bank of China menurunkan kadar faedah pada minggu lalu.

"Sentimen mengelak risiko seakan terus ketara secara berperingkat yang hanya meningkatkan permintaan terhadap dolar AS," katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9242/9351 daripada 5.9014/9059 pada Jumaat lalu, namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2588/2650 daripada 3.2721/2748 serta naik berbanding euro kepada 5.0470/0563 daripada 5.0503/0541, sebelum ini.

Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.9242/9351 daripada 5.9014/9059 pada Jumaat lepas namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2588/2650 daripada 3.2721/2748 serta naik berbanding euro kepada 5.0470/0563 daripada 5.0503/0541, sebelum ini.

Prestasi ringgit juga meningkat berbanding kebanyakan mata wang ASEAN lain.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 13.2926/3236 daripada 13.2974/3140, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4490/4556 daripada 3.4513/4542 sebelum ini dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 308.5/309.2 daripada 3.78/309.1.

Namun, berbanding peso Filipina, ringgit susut kepada 8.30/8.32 daripada 8.26/8.27 pada akhir urus niaga Jumaat lalu.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini