Lebih Banyak Peluang Perdagangan Dengan 36 Pasangan Mata Wang Baharu - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Lebih Banyak Peluang Perdagangan Dengan 36 Pasangan Mata Wang Baharu


Cuaca semakin hangat, tetapi tidak sehangat berita terkini daripada kami. Siap sedia untuk memulakan musim panas ini dengan satu perubahan besar kerana FBS telah mengumumkan tambahan pelbagai pasangan matawang baharu!


Lebih banyak peluang perdagangan

Semakin kukuh kedudukan sebuah negara dalam pasaran antarabangsa, semakin tinggi minat terhadap matawangnya. Di FBS, kami sentiasa peka dengan keperluan dan permintaan pedagang Forex agar kami dapat menyediakan lebih banyak peluang kepada mereka untuk menjana keuntungan dan melindung nilai daripada risiko pasaran.

Perkembangan baharu daripada FBS ini membawa sebanyak 36 pasangan matawang yang eksotik namun mempunyai permintaan tinggi, antaranya tidak ditawarkan oleh kebanyakan broker lain!

Tindakan ini akan menggandakan bilangan pasangan matawang yang tersedia di platform, langsung membawa jumlah potensi instrumen perdagangan Forex kepada 72. Pasangan-pasangan yang baru ditambah ini tersedia kepada pengguna akaun Standard, Cent dan Pro.



Apakah pasangan matawang yang ditambahkan?

Senarai tambahan baharu termasuk pasangan matawang berikut: 

USDHKD, USDSGD, EURHKD, EURPLN, GBPSEK, USDPLN, USDSEK, USDTHB, USDHUF, EURZAR, EURDKK, EURNOK, EURSEK, EURSGD, GBPDKK, GBPNOK, GBPSGD, USDDKK, USDNOK, EURMXN, GBPZAR, NOKSEK, NZDSGD, GBPPLN, USDCZK, AUDDKK, CADMXN, CADSGD, CHFSGD, GBPMXN, HKDJPY, MXNJPY, NOKJPY, SEKJPY, SGDJPY, ZARJPY.


Dengan begitu banyak pilihan pasangan matawang, anda boleh memanfaatkan dan bereksperimen dengan strategi tahap lanjutan untuk meningkatkan prestasi perdagangan anda. Selain itu, FBS menawarkan terma pasaran yang terbaik untuk memperdagangkan instrumen ini, memastikan anda mengekalkan keuntungan maksimum daripada kejayaan dagangan anda.


Mulakan musim panas dengan langkah kanan

Kini FBS menawarkan lebih banyak pasangan matawang yang berpotensi besar, anda berpeluang membangunkan pengalaman dan rekod perdagangan anda. Cubalah beberapa pasangan baharu ini, tingkatkan prestasi anda dan gunakan keuntungan yang dijana untuk musim panas yang lebih seronok!





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini