Ringgit kekal lemah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kekal lemah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini berikutan perkembangan positif mengenai rundingan had hutang Amerika Syarikat (AS).

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6070/6110 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.6105/6155.

Bagaimanapun, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen berhati-hati mungkin muncul dalam pasaran pertukaran asing hari ini, sambil menambah gandingan USD/MYR dijangka kekal sekitar RM4.60 hingga RM4.61.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 3.3099/3130 berbanding yen Jepun daripada 3.2951/2989 pada penutupan urus niaga Rabu, merosot berbanding euro kepada 4.9230/9273 daripada 4.9208/9261 sebelumnya dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7302/7352 daripada 5.6986/7048 semalam.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit juga diniagakan rendah.

Nilai ringgit turun berbanding baht Thai kepada 13.2839/3016 daripada 13.2440/2641 semalam dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4065/4100 daripada 3.4036/4075 pada Rabu.

Mata wang tempatan bergerak hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 307.1/307.6 daripada 307.4/307.9 pada Rabu dan meningkat sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.19/8.21 daripada 8.20/8.22 sebelumnya. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini