Bank pusat AS komited naikkan lagi kadar faedah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bank pusat AS komited naikkan lagi kadar faedah

 


NEW YORK: Dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat lebih tinggi berbanding mata wang utama lain pada Rabu selepas penyiaran minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) bagi bulan Jun.

Ia mengukuhkan jangkaan pasaran mengenai kenaikan kadar faedah pada akhir Julai.

Hampir semua pegawai Fed bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah dan sebahagian besar penggubal dasar menjangka mengenai keperluan untuk mengetatkan lagi dasar mereka.

Pandangan itu didorong daripada hasil perbendaharaan yang lebih tinggi dan ia menambahkan kepada keuntungan dolar sebelumnya.

CME FedWatch Tool Group berkata, niaga hadapan dana Fed menunjukkan jangkaan kenaikan 25 mata asas pada akhir mesyuarat dasar 26 Julai meningkat kepada 88.7 peratus.

Indeks dolar yang mengukur mata wang AS meningkat 0.262 peratus berbanding enam kumpulan mata wang yang lain termasuk euro dan yen Jepun.

Ketua Ekonomi LPL Financial, Jeffrey Roach berkata, The Fed berkemungkinan akan menaikkan kadar pada Julai selepas berwaspada terhadap sebarang petunjuk baharu. Sementara itu laporan pekerjaan akan memberi gambaran pasaran buruh yang semakin lemah akan diumumkan pada Jumaat.

"Kenyataan yang sangat menarik ini mendedahkan bahawa pertumbuhan pekerjaan sebenarnya mungkin lebih lemah daripada yang ditunjukkan oleh penggajian," katanya dalam satu nota.

Tinjauan Reuters berkata, laporan dari Jabatan Buruh dijangka menunjukkan ekonomi AS akan menambah 225,000 pekerjaan pada Jun, dan kadar pengangguran turun kepada 3.6 peratus bulan lalu.

Penganalisis Pasaran Kanan Convera, Washington, Joe Manimbo berkata, ekonomi kelihatan berdaya tahan secara keseluruhan, namun pembuatan berada dalam keadaan normal selama lapan bulan dan masih berterusan.

Tambah beliau, pihaknya perlu melihat sama ada Fed memberi isyarat bahawa mereka tidak jauh dari penghujung kitarannya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini