Meringankan Kehidupan Gelandangan di Malaysia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Meringankan Kehidupan Gelandangan di Malaysia


XM telah bekerjasama dengan Dapur Pasak, sebuah badan amal yang diterajui oleh belia di Malaysia, untuk memberi makanan dan barangan keperluan kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur.

Nikmat makanan dan menjaga kebersihan diri adalah perkara yang sering kali dipandang remeh. Namun, tanpa kita sedari, perkara ini merupakan perjuangan berterusan bagi mereka yang terpaksa hidup tanpa perlindungan rumah yang selamat. 

Sehubungan dengan itu, XM dan Dapur Pasak telah berganding bahu mengagihkan makanan berkhasiat, menyumbang kit kebersihan dan bekalan perubatan kepada golongan terpinggir ini. Kami berharap bantuan yang diberikan dapat membantu meningkatkan kesejahteraan dan harga diri mereka, di samping memulihkan rasa kehidupan yang normal.

Bersama-sama, kita membantu mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih cerah untuk semua. Inisiatif Dapur Pasak ialah contoh hebat transformasi yang didorong oleh belia. Mereka sering bekerjasama dengan pelbagai organisasi untuk memberikan sokongan penting kepada setiap individu, keluarga dan golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Ketahui lebih lanjut tentang Dapur Pasak atau salurkan sumbangan anda di laman web mereka.





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini