Ringgit susut kepada RM4.51 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit susut kepada RM4.51 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit seiring dengan prestasi mata wang negara pesat membangun lain yang susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa, berikutan kebimbangan terhadap perkembangan berkaitan data ekonomi China yang lemah, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.5175/5200 berbanding dolar AS daripada 4.5050/5090, semalam.

Seorang peniaga berkata, data aktiviti pembuatan China susut pada Julai dan ternyata berbeza daripada jangkaan awal, sekali gus membuktikan keperluan Beijing melaksanakan lebih banyak langkah rangsangan ketika terus bergelut menangani senario pasca pandemik.

"Angka Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) Caixin yang mencatat 49.2 untuk Julai 2023 adalah rendah daripada jangkaan 50.3 serta berbanding angka sebelumnya pada 50.5. Sebarang angka di bawah 50 menunjukkan penguncupan," katanya.

Selain itu, ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan itu rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1666/1686 from 3.1658/1689 sebelum ini namun mengukuh berbanding euro kepada 4.9584/9612 daripada 4.9690/9734 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.7892/7924 daripada 5.7916/7968.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN kecuali bagi dolar Singapura yang menyaksikannya mengukuh kepada 3.3872/3893 daripada 3.3877/3910.

Ia susut berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.25 daripada 8.20/8.22, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 298.8/299.1 daripada 298.6/299 semalam dan turun berbanding baht Thailand pada 13.1852/1982 daripada 13.1594/1765, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini