Anda mungkin pernah mendengar banyak perkara mengenai logam berharga — para profesional sebulat suara mengisytiharkan bahawa logam berharga ini perlu ada dalam setiap dagangan atau portfolio pelaburan.
Sebabnya adalah mudah: logam berharga adalah komoditi fizikal yang mempunyai nilai semula jadi kerana ia jarang boleh didapati, simpanan terhad, dan kegunaannya. Seseorang yang mengetahui cara untuk menggunakan emas dan perak dengan betul dapat menjamin pelaburan mereka dalam kedua-dua jangka masa pendek dan panjang. Penjagaan ini dapat memberikan anda kelebihan yang cukup baik dalam keadaan dunia yang pesat berubah ini.
Mari kita mulakan dengan asasnya
Antara semua logam berharga, emas (XAUUSD) dan perak (XAGUSD) adalah paling popular. Kedua-dua komoditi ini didagangkan di Pemerbadanan Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX). Sebut harga diukur dalam dolar A.S. setiap auns troy. Satu auns troy bersamaan 31.10 gram.
Dalam Forex, pengukurannya adalah sedikit berbeza: anda tidak membeli auns troy, kerana terdapat bentuk mata wang untuk emas. Sebaliknya, jumlah emas diukur dalam lot. Satu lot standard emas atau perak mengandungi 100 unit. Selaku broker anda, kami membenarkan anda untuk berdagang dalam volum lebih kecil: lot mini untuk lot standard 0.1 atau lot mikro untuk lot standard 0.01. Dagangan lot mini dan mikro memerlukan margin yang kurang dan kurang wang untuk melabur.
Empat ciri utama emas dan perak
1. Nilai emas dan perak meningkat semasa krisis.Kedua-dua logam berharga dianggap aset selamat. Permintaan untuk emas dan perak meningkat semasa krisis dan pada masa ketaktentuan ekonomi. Tidak seperti mata wang dan saham syarikat, emas tidak bergantung kepada mana-mana pengeluar atau keadaan tertentu.
2. Logam melindungi wang anda daripada inflasi. Pelabur sering menggunakan emas dan perak untuk melindung nilai terhadap inflasi. Nilai logam berharga meningkat apabila kuasa membeli mata wang fiat menurun. Walau bagaimanapun, logam berharga menurun apabila bank pusat meneruskan dasar monetari hawkish kerana aset sensitif kepada perubahan kadar faedah.
3. Kedua-dua logam adalah instrumen kepelbagaian yang baik. Melabur dalam instrumen yang berbeza membantu menguruskan risiko dan melindungi dana daripada mengalami kerugian. Emas dan perak kurang berisiko daripada aset lain, jadi harganya tidak akan terjejas dengan ketara jika ada yang tidak kena.
4. Tiada satupun yang membawa apa-apa pendapatan pasif. Logam adalah aset yang tidak memberi hasil kerana ia tidak memberikan pendapatan tetap, seperti dividen atau faedah, tidak seperti saham, bon, atau akaun simpanan. Namun, pelabur menghargai logam berharga kerana nilainya meningkat dalam jangka masa panjang.
Bagaimana trader mendapat manfaat daripada emas?
1. Beli dan jual cepat.Emas adalah instrumen sangat cair, bermakna anda boleh dengan segera membeli dan menjual aset tersebut jika anda mahu.
2. Harga stabil XAUUSD boleh dipengaruhi oleh berita global dan keluaran data ekonomi, tetapi harganya tidak berubah dengan ketara sepertimana saham, mata wang kripto dan aset berisiko lain. Dalam masa keadaan ekonomi yang tidak menentu, pelabur menggunakan emas untuk menyelamatkan dana mereka.
3. Mengetahui yang dana mereka selamat.Bank pusat dan tempatan menyimpan sebahagian dana dalam bentuk emas dan memberbanyakkan rizab semasa krisis. Semakin banyak kepercayaan dalam mata wang rizab utama menjadi kurang, semakin tinggi nilai emas meningkat.
Apa yang baiknya tentang perak?
1. Perak adalah aset kurang popular berbanding emas, tetapi ia boleh menjadi satu penambahan yang baik dalam portfolio pelabur, terutamanya apabila emas menjadi terlalu mahal untuk didagangkan .
2. Potensi keuntungan yang lebih tinggi dalam masa yang lebih singkat. Perak lebih tidak menentu berbanding emas. Oleh itu, trader dengan profil risiko yang lebih tinggi boleh memperoleh lebih banyak pip dalam jangka masa yang singkat, menetapkan Tahap Henti Rugi dan Ambil Untung yang lebih meluas.
3. Harga lebih murah. XAGUSD lebih murah berbanding XAUUSD, maka ia adalah alternatif yang bagus untuk pelabur dengan bajet yang kecil. Lebih dari empat tahun lalu, harga emas adalah sekitar 80 kali lebih tinggi berbanding harga perak.
4. Permintaan perindustrian yang luas. Perak biasanya digunakan untuk mengeluarkan kereta elektrik, panel solar, dan elektronik. Permintaan industri untuk perak jauh lebih besar berbanding emas atau logam berharga lain. Oleh itu, dengan pembangunan teknologi boleh meningkatkan harga aset.
5. Keperluan margin yang lebih rendah. Keperluan margin untuk XAGUSD adalah sekitar 38% lebih rendah berbanding XAUUSD. Ini bermakna trader dengan anggaran yang terhad boleh berdagang perak dengan mudah.
Perak lebih murah didagangkan berbanding emas
Bayangkan anda sedang mempertimbangkan sama ada untuk berdagang 0.01 lot emas atau perak dengan leveraj 1:100. Mari kira margin yang diperlukan untuk membuka pesanan.
Instrumen apa patut dipilih
Sepertimana anda dapat lihat, logam berharga adalah alat berguna dalam portfolio jangka panjang dan pendek trader. Emas dan perak adalah instrumen sama dan dengan dekat berkaitan antara satu sama lain. Namun, XAGUSD adalah lebih tidak menentu dan lebih murah berbanding XAUUSD. Oleh itu, perak adalah instrumen terbaik bagi trader yang lebih agresif dengan bajet lebih kecil, sementara emas pula adalah aset konservatif untuk perlindungan dana.
Pautan yang dapat membantu untuk dagangan logam
✅Analisis harian emas dan perak oleh pakar kami di Maklumat Dalaman Pasaran. Anda dapat menggunakan idea dagangan kami dan analisis teknikal dan asas untuk mjembangunkan strategi dagangan anda dan membuka pesanan menguntungkan.
✅Menggunakan Kalkulator Untung kami untuk menganalisis hasil berpotensi sebelum membuka pesanan. Masukkan maklumat pesanan dan lihat jika dagangan berbaloi. Menjadikan Pengurusan Risiko anda lebih mudah.
✅Memilih asset dagangan menggunakan Kalkulator Dagangan kami. Pelajari nilai pip dan margin yang diperlukan untuk sebarang instrumen dan pilih yang terbaik mengikut strategi dan bajet anda.