Harga minyak mentah turun, ringgit jatuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak mentah turun, ringgit jatuh


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan penurunan harga minyak mentah walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit berada di paras 4.6755/6795 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6765, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd

Beliau berkata, tindakan itu juga menunjukkan bahawa BNM tidak lagi melihat dasar yang lebih akomodatif, sebaliknya aspek itu telah dilaraskan dengan keadaan inflasi dan pertumbuhan semasa.

"Sehubungan itu, ringgit diunjur kekal rendah berbanding dolar AS berikutan (pada masa sama) Rizab Persekutuan AS (Fed) sebaliknya berkemungkinan mengekalkan pendirian (untuk menaikkan kadar faedah).

"Kita berkemungkinan mendapat maklumat lebih jelas apabila pihak Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed mengadakan mesyuarat pada 19 hingga 20 September 2023, untuk berkongsi unjuran ekonomi terkini mereka," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global susut 0.61 peratus kepada AS$90.12 setong.

Dalam pada itu, sewaktu urus niaga ditutup, ringgit kebanyakannya mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.

Unit tempatan itu meningkat berbanding euro kepada 5.0093/0136 daripada 5.0145/0193 sebelum ini, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8289/8339 daripada 5.8657/8713, namun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1707/1736 daripada 3.1694/1727.

Pada masa sama, ringgit ditutup bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang ASEAN lain.

Unit tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4270/4305 daripada 3.4308/4343 semalam dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.1301/1469 daripada 13.1532/1710, sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 305.0/305.4 daripada 305.5/305.8 dan susut sedikit berbanding peso Filipina pada 8.23/8.24 daripada 8.20/8.21, semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini