Nilai ringgit susut kepada RM4.68 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Nilai ringgit susut kepada RM4.68 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini kerana Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6835/6890 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.6825/6850.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, memberitahu Bernama bahawa konsensus menjangkakan Fed mengekalkan pendirian untuk menaikkan kadar faedah dalam dasar monetarinya.

Oleh itu, beliau mengunjurkan ringgit kekal lemah berbanding dolar AS.

Namun begitu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1759/1798 daripada 3.1769/1789 pada penutup Khamis dan naik berbanding pound Britain kepada 5.8132/8200 daripada 5.8405/8436 dan lebih tinggi berbanding euro pada 4.9842/9900 daripada 5.0234/0261 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4326/4369 daripada 3.4402/4423 dan naik berbanding peso Filipina pada 8.24/8.26 daripada 8.25/8.26, sebelum ini.

Ia hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 304.9/305.5 daripada 304.9/305.2.

Sementara itu, ringgit menyusut nilai berbanding baht Thailand kepada 13.0897/1109 daripada 13.0792/0902, pada sesi sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini