Ringgit dibuka rendah meskipun bank pusat AS kekalkan kadar faedah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah meskipun bank pusat AS kekalkan kadar faedah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memutus untuk menangguhkan kenaikan kadar faedah.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.6890/6935 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.6840/6880.

Malam tadi, Rizab Persekutuan AS mengambil keputusan mengekalkan kadar stabil antara 5.25 peratus dan 5.50 peratus. Bagaimanapun, pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell menegaskan bahawa pihaknya bersedia untuk menaikkan kadar sekiranya ia perlu untuk meredakan inflasi.

Ketua Ekonomi dan Kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan mengekalkan kadar faedah, kenyataan daripada Powell lebih berpihak kepada menaikkan kadar faedah kerana mereka komited untuk menurunkan inflasi kepada sasaran dua peratus.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1595/1627 daripada 3.1653/1682 pada penutup Rabu dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.9853/9901 daripada 5.0114/0157 sebelum ini dan mengukuh berbanding pound Britain pada 5.7731/7786 daripada 5.7955/8005 semalam.

Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniaga bercampur-campur.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4281/4317 daripada 3.4348/4382 dan mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.9120/9298 daripada 12.9891/13.0056 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menyusut nilai berbanding rupiah Indonesia pada 304.8/305.2 daripada 304.5/304.9 pada Rabu dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.24/8.26 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini