Strategi Forex menggunakan Penarikan Fibonacci - Bahagian 2 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Strategi Forex menggunakan Penarikan Fibonacci - Bahagian 2


Dalam bahagian pertama, kami telah membincangkan asal usul urutan Fibonacci Forex, yang pada mulanya diperkenalkan bersama sistem angka Hindu-Arab dalam buku 'Liber Abaci' oleh Leonardo Pisano, dengan nama gelaran Fibonacci. Dalam urutan asal Fibonacci setiap nombor merupakan jumlah kepada dua nombor yang sebelumnya: 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, dan seterusnya. Dengan membahagikan satu nombor yang mengikutinya akan mencipta 'Nisbah Emas' (φ=1.618), contohnya: 8/13 = 61.53%, 34/55 = 61.81%. 

Tahap Fibonacci 23.6%, 38.2%, 50%, dan 61.8% memainkan peranan yang penting dalam pasaran kewangan, dan nombor berkenaan digunakan untuk menentukan titik kritikal yang menyebabkan pembalikan harga. Penarikan Fibonacci membantu dalam mengenal pasti kedudukan strategik untuk entri pasaran dan henti rugi, serta untuk menentukan kawasan sokongan atau rintangan.

Bahagian kedua ini meliputi pelaksanaan mudah terhadap Fibonacci dalam dagangan di pasaran Forex.

Strategi Pelanjutan Trend menggunakan Penarikan Fibonacci

Untuk bermula, mari kita lihat carta empat jam Bitcoin:


Di sini, kita dapat lihat bahawa harga berada dalam trend menurun sebelum melonjak kembali dan menarik sebanyak 38.2% dari pergerakan tinggi ke rendah.

Selepas mencapai tahap Fibonacci 38.2%, harga berbalik dan didagangkan lebih rendah, arah trend yang mengatasinya.

Berdasarkan carta, dapat diperhatikan bahawa terdapat beberapa tahap penarikan berlainan yang bertanda: 23.6%, 38.2%, 50% dan 61.8%.

Semua tahap berkenaan mewakili tahap rintangan yang berpotensi dalam konteks penarikan pergerakan ke bawah. Tahap sebegini mewakili titik entri berpotensi untuk pertembungan trend menurun. Ini bermakna kita mempunyai empat titik pembalikan berpotensi untuk memasuki pasaran. Tetapi tahap manakah yang perlu anda pilih?

Inilah kepentingan penanda teknikal dan tindakan harga dalam membantu anda.


Pengesahan daripada Penanda Kedua


Berdasarkan carta di atas, dapat dilihat bahawa pengayun stokastik telah memberikan petunjuk bahawa pasaran akan mengalami pembalikan. Stokastik berada di atas tahap 80 dan berkeluk lebih rendah, yang merupakan penanda keberuangan.

Jadi, dengan harga yang meningkat pada tahap penarikan 38.2% dan stokastik memberikan isyarat jualan, kita akan dapat memberikan alasan yang kukuh untuk menempatkan perintah jualan, atau istilah 'pelaksanaan singkat' seperti yang digunakan dalam industri dagangan.


Memerhatikan Trend Merentas Berbilang Rangka Masa

Seorang pedagang yang mahir bagaikan Sherlock Holmes, seorang detektif yang membina kesnya berdasarkan berbilang petunjuk. Kita telah menemukan dua petunjuk yang berguna untuk mengambil kedudukan singkat, tetapi kita masih belum selesai.


Dengan melihat daripada perspektif yang lebih luas, dan berdasarkan carta harian di atas, dapat dilihat bahawa trend bergerak ke bawah pada rangka masa yang sama.

Hal ini menyokong kes dan alasan untuk penjualan Bitcoin pada tahap penarikan Fibonacci 38.2%.

Untuk kedudukan singkat (dagangan jualan), kita ingin melihat bahawa pasaran berada dalam trend menurun merentas berbilang rangka masa. Untuk kedudukan panjang (dagangan belian), kita ingin melihat bahawa pasaran berada dalam trend menaik merentas berbilang rangka masa.

Lantunan tahap Fibonacci pada carta empat jam sememangnya agak besar. Tap 38.2% adalah pada 9119 dan harga jualan adalah pada 8190, satu pergerakan melebihi $900.

Ini merupakan strategi Forex yang boleh dimanfaatkan dalam berbilang rangka masa. Sebagai contoh, anda boleh melihat pada aturan yang sama pada carta 30 minit, berbanding dengan carta empat jam yang telah digunakan sebagai contoh di atas.

Sila ambil perhatian bahawa rangka masa yang lebih singkat akan memberikan anda lebih banyak isyarat, tetapi ia juga kurang dipercayai.

Sebaliknya, rangka masa yang lebih lama akan memberikan anda kurang isyarat, dan ia lebih dipercayai.

Cara untuk Memasuki Pasaran Forex

Untuk memasuki pasaran Forex pada tahap Fibonacci, anda boleh menempatkan perintah jual henti (sekiranya berlaku penarikan pada pergerakan ke bawah) atau perintah beli henti (sekiranya berlaku penarikan pada pergerakan ke atas). Secara alternatif, anda boleh memilih untuk menempatkan perintah secara manual dengan perintah pasaran apabila harga mencecah tahap Fibonacci.

Tahap Ambil Unting dan Henti Rugi

Salah satu petua adalah untuk menetapkan sasaran keuntungan sekurang-kurangnya tiga kali daripada risiko anda. Oleh itu, pada dagangan Forex yang telah dihuraikan di atas, kita boleh menetapkan risiko kita pada $200 dengan sasaran keuntungan sebanyak $600.

Penarikan Fibonacci dapat membantu untuk memberikan anggaran terhadap kawasan sokongan dan rintangan, tetapi manfaat terbaik daripada alatan berkenaan adalah dengan menggabungkannya dengan penanda dan strategi Forex lain. Sebagai contoh, anda boleh mengambil kesempatan daripada pengayun stokastik untuk menentukan trend dan pembalikan harga. Penarikan Fibonacci merupakan instrumen yang dipengaruhi oleh trend, dan dengan mencari trend merentas berbilang rangka masa, ramalan dapat dilakukan dengan lebih tepat. Penarikan Fibonacci merupakan alat pengesahan terbaik dan dapat memastikan dagangan berkemungkinan tinggi yang selari dengan strategi yang diperkenalkan dalam artikel ini. Kami berharap anda akan dapat menemui cara terbaik untuk menggunakan penarikan Fibonacci.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini