Nilai ringgit kembali mengukuh pagi ini - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Nilai ringgit kembali mengukuh pagi ini


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan penurunan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kerana pelabur masih menantikan petunjuk lanjut sama ada Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menaikkan semula kadar faedah.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7290/7340 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.7340/7380.

DXY lebih rendah kerana pelabur masih diilihat mengambil keuntungan daripada kenaikan minggu lalu, yang menyaksikan dolar AS memperoleh lebih satu peratus berbanding pesaingnya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata hasil Perbendaharaan AS agak seimbang walaupun ia kekal tidak menentu untuk beberapa seketika.

Hasil 10 tahun meningkat sembilan mata asas malam tadi untuk ditutup pada 4.74 peratus manakala nota dua tahun naik sedikit sebanyak empat mata asas kepada 5.10 peratus.

Peningkatan dalam hasil jangka panjang mencerminkan premium inflasi, yang sejajar dengan konflik berterusan di Asia Barat yang mungkin menyebabkan kenaikan harga minyak, katanya kepada Bernama.

Sementara itu, gandingan ringgit-dolar AS dijangka kekal pada julat sekitar sekitar RM4.73 hingga RM4.74 hari ini.

Untuk pagi ini, ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding mata wang asing.

Ringgit lemah berbanding pound Britain kepada 5.7732/7793 daripada 5.7494/7543 dan rendah berbanding euro menjadi 4.9915/9967 daripada 4.9858/9901 tetapi lebih tinggi berbanding yen kepada 3.1632/1668 daripada 3.1668/1697 semalam.

Sebaliknya, mata wang tempatan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.0275/0464 daripada 13.0392/0549 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 300.7/301.2 daripada 301.0/301.5.

Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.4566/4605 daripada 3.4560/4592 pada Isnin dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.33/8.36 berbanding 8.33/8.34 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini