Yuan atasi euro mata wang perdagangan kedua terbesar dunia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Yuan atasi euro mata wang perdagangan kedua terbesar dunia


MOSCOW: Penguasaan yuan China dalam penyelesaian perdagangan menerusi sistem pembayaran antarabangsa SWIFT melonjak ke tahap tertinggi dalam sejarah pada 5.8 peratus, membolehkannya mengatasi euro dan menjadi mata wang kedua terbesar didagangkan, demikian menurut kiraan Sputnik menggunakan data sistem itu.

Dolar AS kekal mata wang perdagangan utama pada September dengan penguasaan sebanyak 84.15 peratus dan euro di kedudukan ketiga dengan penguasaan sebanyak 5.43 peratus.

Lima mata wang teratas juga termasuk yen Jepun (1.4 peratus) dan rial Arab Saudi (0.56 peratus).

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini