Ringgit diunjur kekal dalam julat RM4.70 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit diunjur kekal dalam julat RM4.70 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit hari ini berikutan permintaan yang lemah terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) apabila hasil Perbendaharaan negara itu menyusut nilai.

Pada 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7040/7090 berbanding dolar AS daripada 4.7065/7105 pada penutup Jumaat lalu.

Pasaran ditutup pada Isnin sebagai cuti penggantian perayaan Deepavali yang disambut pada Ahad.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata hasil Perbendaharaan AS 10 tahun susut 1.0 mata asas kepada 4.64 peratus.

Untuk hari ini, beliau berkata tumpuan utama akan diberikan kepada data indeks harga pengguna (CPI) AS yang dijangka menyederhana kepada 3.3 peratus pada Oktober selepas kekal pada 3.7 peratus selama dua bulan berturut-turut.

"Isu utama di sini ialah bilakah Rizab Persekutuan (Fed) AS akan melonggarkan pendirian sekatan mereka kerana inflasi dilihat semakin rendah.

"Ketidakpastian seperti ini akan menyebabkan kadar peningkatan ringgit menjadi tidak sekata selepas pasaran pekerjaan AS yang lemah pada minggu pertama November. Oleh itu, kami menjangkakan MYR/USD akan kekal dalam julat yang sempit hari ini, mungkin sekitar RM4.70," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1002/1037 daripada 3.1072/1101 pada penutupan dagangan Jumaat lepas tetapi susut berbanding euro kepada 5.0328/0382 daripada 5.0232/0275 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.7732/7794 daripada 5.7480/7529 sebelumnya.

Namun begitu, mata tempatan lebih kukuh berbanding mata wang Asia yang lain.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada 8.41/8.42, menambah berbanding rupiah Indonesia pada 299.5/300.0 daripada 299.8/300.2 dan tinggi berbanding baht Thai kepada 13.0609/0824 daripada 13.1108/1267 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini