Ringgit terus merosot kepada RM4.68 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus merosot kepada RM4.68 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan penurunan permintaan terhadap unit tempatan.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6895/6965 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6800/6860 pada Rabu.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) China turun 0.2 peratus tahun ke tahun pada Oktober membayangkan People's Bank of China akan mengekalkan pendirian monetari akomodatifnya dalam tempoh terdekat ini yang seterusnya akan memberikan lebih banyak sokongan kepada dolar AS.

"Oleh itu, ringgit dijangka kekal lemah selepas mencatatkan peningkatan mendadak pada Isnin," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1050/1099 daripada 3.1045/1087 pada Rabu, tutup berbanding euro kepada 5.0173/0248 daripada 4.9917/9981 dan menyusut berbanding pound Britian kepada 5.7695/7781 daripada 5.7321/7394 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4563/4617 daripada 3.4493/4540 pada Rabu dan turun berbanding baht Thai kepada 13.1802/2065 daripada 13.1453/1670.

Unit tempatan juga jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.41 daripada 8.35/8.37 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.1 daripada 298.9/299.5.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini