Ringgit rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika peserta pasaran menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu yang dijadual diadakan malam ini, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7035/7085 berbanding dolar AS daripada 4.6830/6855, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi ringgit itu juga seiring dengan mata wang serantau.

"Indeks Harga Pengguna AS yang memenuhi jangkaan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun, membayangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin cenderung untuk mengekalkan pendirian menaikkan kadar faedah apabila membincangkan Kadar Dana Persekutuan dalam mesyuarat malam ini," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, sekiranya itu berlaku, ini akan terus memberi sokongan terhadap dolar AS.

Selain itu, ringgit juga rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain pada akhir urus niaga hari ini.

Ia rendah berbanding pound Britain kepada 5.8916/8979 daripada 5.8842/8873 semalam, susut berbanding euro kepada 5.0737/0791 daripada 5.0548/0575 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.2249/2285 daripada 3.2212/2232.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang Asean namun mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.40 daripada 8.42/8.43 yang dicatatkan semalam.

Unit tempatan itu susut berbanding rupiah Indonesia kepada 300.2/300.8 daripada 299.7/300.1 semalam, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5001/5041 daripada 3.4898/4920 dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1390/1592 daripada 13.1261/1390. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini