XM Bekerjasama Dengan BenihBaik di Indonesia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

XM Bekerjasama Dengan BenihBaik di Indonesia


Baru-baru ini, kami telah berganding bahu dengan BenihBaik Indonesia untuk membantu menggembirakan keluarga yang kurang bernasib baik di desa Penggilingan.

Kami telah mengagihkan 50 bungkusan makanan asas, termasuk makanan ruji seperti beras, minyak masak, teh, gula, kopi dan sardin kepada 50 keluarga yang kurang berkemampuan di desa Penggilingan, Daerah Cakung, Jakarta Timur. Ia juga merupakan satu usaha untuk kami melakukan kebaikan dengan menghulurkan sumbangan.

Di samping itu, inisiatif ini mungkin tidak dapat dicapai tanpa sokongan BenihBaik, yang menguruskan aktiviti CSR dengan penuh kasih sayang dan prihatin untuk menjamin impak sosial yang tinggi dan tepat pada sasaran.

Memandangkan daerah Cakung merupakan salah satu kawasan kejiranan keluarga yang paling kurang berkemampuan di Jakarta Timur, kami juga gembira mengetahui bahawa bantuan kami telah mencapai lebih daripada sekadar sumbangan makanan. Hal ini demikian kerana, ia juga berfungsi sebagai sinar harapan bagi keluarga ini untuk meneruskan kehidupan mereka dengan bermaruah, dan tanpa perlu risau tentang masa depan mereka.

Acara ini telah berlangsung pada November 25, 2023 lalu di desa Penggilingan, Daerah Cakung, Jakarta Timur. Secara tidak langsung, ia menjadi satu lagi peristiwa penting dalam usaha XM untuk membantu dan memberi kembali kepada masyarakat di seluruh dunia.





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini