Ringgit pada masa ini terkurang nilai - Gabenor BNM - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit pada masa ini terkurang nilai - Gabenor BNM


KUALA LUMPUR: Ringgit pada masa ini terkurang nilai (undervalued), jika dibandingkan dengan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, demikian mengikut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.

Susulan itu juga, bank pusat itu sedang berbincang dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat serta pelabur untuk menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing.

"Ringgit pada masa ini terkurang nilai. Memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.

"BNM telah meningkatkan perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing," kata kenyataan itu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini