Lindungi Diri Anda! - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Lindungi Diri Anda!

Pasaran Forex menawarkan pelbagai peluang untuk sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan. Namun, seperti scam yang biasa kita dengar- trader Forex juga tidak terlepas daripada jerat scammer.

Menjanjikan keuntungan segera dengan pelaburan, penipuan servis signal, penipuan "managed account" Forex, atau broker yang tidak dikawal selia hanyalah beberapa contoh bagaimana scammer boleh melesapkan wang anda.

Untuk elak daripada menjadi mangsa penipuan, pilihlah broker yang berlesen, jangan terpedaya dengan janji yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, teruskan belajar, sentiasa berhati-hati, dan kawal nafsu anda.

Jika anda ditipu oleh scammer, ikut langkah berikut: kumpulkan bukti, maklumkan kepada broker dan bank anda, dan dapatkan nasihat daripada mereka yang profesional dalam bidang perundangan. 

Ketahui lebih lanjut mengenai penipuan Forex dan modus operandinya untuk melindungi anda daripada bahaya dalam artikel oleh penganalisis FBS.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini