Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang penilaian terkini ekonomi oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS ketika mesyuaratnya pada 30 April dan 1 Mei, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit tidak berubah pada 4.7650/7700 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7650/7710 pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata peserta pasaran dijangka mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang mesyuarat tersebut serta pengumuman data utama pasaran buruh AS.

"Bagaimanapun, ringgit kekal stabil, seiring dengan mata wang utama lain yang nampaknya mengukuh berbanding dolar AS," katanya.

Mohd Afzanizam berpandangan, kemungkinan akan berlaku lantunan semula memandangkan dolar AS dilihat berada dalam kedudukan terlebih beli.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.0588/0624 daripada paras penutup 3.0408/0451 pada Jumaat minggu lalu dan turun berbanding pound Britain kepada 5.9710/9773 daripada 5.9644/9719.

Bagaimanapun, unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 5.1052/1106 daripada 5.1157/1221.

Pada masa yang sama ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara utama ASEAN lain.

Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 12.8669/8853 daripada 12.8902/9120 pada jumaat minggu lepas dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 293.1/293.5 daripada 293.9/294.4 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.26/8.27 dan turun berbanding dolar AS kepada 3.5039/5081 daripada 3.5021/5068 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini