Dolar AS kembali mengukuh, ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Dolar AS kembali mengukuh, ringgit dibuka rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila dolar mengukuh susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) menekankan peningkatan kebimbangan terhadap inflasi.

Pada 9 pagi, ringgit turun kepada 4.7100/7130 berbanding dolar AS daripada 4.6950/6985 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.25 peratus kepada 104.924 mata apabila minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) menunjukkan sebahagian ahlinya bersedia untuk mengetatkan dasar monetari sekiranya risiko inflasi timbul.

"Justeru, Nota Perbendaharaan AS berjangka dua tahun, yang sangat sensitif terhadap Kadar Dana Fed, meningkat 4.0 mata asas kepada 4.87 peratus," katanya.

Beliau berkata susulan itu, ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS berdasarkan minit mesyuarat itu.

Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0031/0052 daripada 3.0071/0095 ketika ditutup pada Selasa dan tinggi berbanding euro kepada 5.0986/1018 daripada 5.1044/1082.

Walau bagaimanapun, mata wang domestik susut berbanding pound British kepada 5.9906/9945 daripada 5.9730/9774.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang tempatan turun berbanding peso Filipina kepada 8.10/8.11 daripada 8.06/8.07 ketika ditutup pada Selasa dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4873/4898 daripada 3.4863/4890.

Ringgit turut lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 294.5/294.7 daripada 293.4/293.8 semalam namun, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9048/9176 daripada 12.9264/9407 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini