Pelabur tunggu data inflasi AS, ringgit diniaga rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Pelabur tunggu data inflasi AS, ringgit diniaga rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas unit negara maju itu meneruskan peningkatan menjelang pengumuman data inflasi lewat hari ini, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7050/7080 berbanding dolar AS daripada paras 4.7020/7070 yang dicatatkan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit kekal berada dalam julat kecil ketika pasaran menunggu data inflasi Rizab Persekutuan AS (Fed) serta laporan indeks perbelanjaan penggunaan peribadi bagi April.

"Isu utama yang mempengaruhi sentimen pasaran adalah sama ada Fed akan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya," katanya kepada Bernama.

Selain itu pada akhir urus niaga hari ini, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding euro kepada 5.1035/1068 daripada 5.0838/0892 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.9876/9914 daripada 5.9767/9831.

Namun, berbanding yen Jepun, ringgit meningkat kepada 2.9901/9922 daripada paras 2.9959/9992 yang dicatatkan semalam.

Prestasi ringgit juga rendah berbanding mata wang ASEAN lainnya, termasuk susut berbanding baht Thailand kepada 12.7860/7994 daripada 12.7727/7908 semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4803/4828 daripada 3.4791/4833.

Mata wang tempatan itu rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 289.4/289.7 daripada 289.0/289.4 semalam dan susut berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.05 daripada 8.02/8.03, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini