Ringgit dijangka dalam julat RM4.67-RM4.69 sedolar AS minggu depan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dijangka dalam julat RM4.67-RM4.69 sedolar AS minggu depan


KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil RM4.67 hingga RM4.69 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama, kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Sentimen yang dinyatakan dalam penerbitan minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada 22 Mei 2024, berkemungkinan menjadi pemacu utama trajektori ringgit dengan pendirian untuk menurunkan kadar faedah yang berpotensi membawa kepada kejatuhan nilai dolar AS dan memanfaatkan mata wang tempatan, katanya dalam satu nota penyelidikan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata barisan penceramah Rizab Persekutuan (Fed) AS minggu depan yang akan berkongsi pendapat mereka mengenai keadaan ekonomi.

Antara penceramah adalah Pengerusi Fed AS Jerome Powell, Gabenor Fed Christopher Waller, Naib Pengerusi Fed AS Philip Jefferson dan Naib Pengerusi Fed AS untuk Penyeliaan Michael Barr.

"Kami akan menjangkakan sedikit turun naik kerana ahli Fed AS berkemungkinan akan menggunakan ketegasan mereka terhadap inflasi yang boleh membawa kepada ketidaktentuan seterusnya.

"Sehubungan itu, kita akan melihat bahawa ringgit mungkin akan didagangkan pada sekitar RM4.6800," katanya kepada Bernama.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit naik berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 minggu lalu.

Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.9303/9335 daripada 5.9364/9395 minggu lalu, menokok berbanding yen Jepun kepada 3.0071/0089 daripada 3.0428/0446, meningkat berbanding euro kepada 5.0816/0843 from 5.1072/1098 sebelumnya.

Ringgit didagangkan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 293.6/294.0 daripada 295.2/295.6 pada Jumaat minggu lalu, melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.4784/4806 daripada 3.5017/5038 dan meningkat berbanding peso FIlipina kepada 8.13/8.14 daripada 8.25/8.26 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia turun berbanding baht Thailand kepada 12.9390/9516 daripada 12.9009/9137 minggu sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini