MetaTrader 5 vs MetaTrader 4: Yang Mana Lebih Baik Pada Tahun 2024? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

MetaTrader 5 vs MetaTrader 4: Yang Mana Lebih Baik Pada Tahun 2024?


MetaTrader 5 (MT5) dan MetaTrader 4 (MT4) adalah dua platform trading paling popular di dunia, yang dibangunkan oleh MetaQuotes Software Corp. Jutaan trader di seluruh dunia menggunakannya setiap hari dan menikmati perkhidmatan yang unggul. Tetapi apakah perbezaan antara MT5 dan MT4, dan platform mana yang lebih baik untuk anda?

Berikut kami sajikan satu panduan dengan perbandingan MT5 vs MT4 yang lengkap. Baca, pilih, dan mula berdagang dengan broker yang andal di sisi anda!

Apakah itu MetaTrader 5

MetaTrader 5, yang dilancarkan pada tahun 2010, adalah platform trading pilihan untuk trader moden yang mencari kelebihan daya saing. MT5 mengatasi pendahulunya, MetaTrader 4, dari segi kelajuan dan efisiensi, menjadikannya pilihan yang terbaik untuk mengakses spektrum pasaran kewangan yang lebih luas, termasuk Forex, saham, indeks, komoditi, dan matawang kripto. Dengan keupayaannya yang canggih dalam analisis teknikal dan fundamental, signal trading, algorithmic trading, copy trading, dan robot trading, MT5 direka untuk memenuhi keperluan trader yang bercita-cita tinggi yang mahu memaksimumkan potensi trading mereka merentasi pelbagai kelas aset.

MUAT TURUN MT5

Apakah itu MetaTrader 4

MetaTrader 4, yang dilancarkan pada tahun 2005, dari segi sejarah telah menjadi platform yang maha popular dalam kalangan trader Forex. Walaupun MT4 menawarkan antaramuka yang mesra pengguna dan beberapa pilihan untuk customization, ia dibina dengan fokus utamanya disasarkan pada pasaran Forex dan tidak mempunyai fleksibiliti yang diperlukan untuk pelbagai aset lain yang kini turut tersedia kepada umum. Berbanding MT5, ia gagal dari segi kemajuan teknologi dan keupayaan untuk menangani permintaan pasaran yang rencam dengan cekap.

MUAT TURUN MT4

MT5 vs MT4: Perbezaan utama

Apabila membandingkan MetaTrader 5 (MT5) dan MetaTrader 4 (MT4) berdasarkan parameter-parameter trading yang penting, jelas terlihat mengapa MT5 sering menjadi pilihan utama untuk pelbagai keperluan trading hari ini.

 

MT5

MT4

Pasaran

Pasaran Forex, niaga hadapan, saham dan opsyen

Pasaran Forex, niaga hadapan, saham dan opsyen Forex dan CFD

Indikator teknikal

38

30

Objek grafik

44

31

Rangka masa

21

9

Jenis-jenis pending order

6

4

Polisi pemenuhan pesanan

Fill or Kill, Immediate or Cancel, Return

Fill or Kill

Polisi pemenuhan pesanan separa

Ya

Tidak

Kalendar Ekonomi

Ya

Tidak

Sistem emel

Ya (dengan lampiran)

Ya (tiada lampiran)

Pemindahan dana antara akaun

Ya

Tidak

Kedalaman pasaran

Ya

Tidak

Lindung Nilai (Hedging)

Ya

Ya

Netting

Ya

Tidak

Perdagangan bursa

Ya

Tidak

Bahasa pengaturcaraan

MQL5

MQL4



Walaupun MT4 mencukupi untuk trading yang terfokus pada Forex, MT5 jelas menonjol sebagai platform yang superior dengan fungsi canggihnya, menjadikannya alat yang sangat diperlukan untuk trader yang mahu melibatkan diri secara komprehensif merentasi pasaran kewangan global.




Instrumen yang boleh didagangkan

Kedua-dua MT5 atau MT4 tidak menentukan senarai aset yang anda boleh dagangkan; ini bergantung pada broker yang anda pilih. Di FBS, anda berpeluang untuk memperdagangkan pelbagai kelas aset termasuk Forex, logam, tenaga, pasangan Forex eksotik, saham, dan indeks.

Indikator teknikal

MT5 menetapkan standard yang lebih tinggi dengan 38 indikator teknikal terbina dalam, memberikan gambaran yang lebih mendalam tentang trend dan arah pasaran. Trader yang menggunakan MT5 juga mendapat manfaat daripada pelbagai pilihan indikator custom percuma dan berbayar yang boleh diakses melalui Code Base dan Market, yang dibina khusus untuk strategi trading yang canggih dan analisis lanjutan.

Sebagai perbandingan, MT4 menawarkan 30 indikator teknikal terbina dalam, ditambah dengan akses kepada sekitar 2,000 indikator custom percuma dari Code Base dan lebih 700 indikator berbayar dari Market. Walaupun ini mungkin mencukupi untuk analisis asas, MT4 tidak mempunyai ciri-ciri komprehensif dan keupayaan canggih seperti yang disediakan oleh MT5, menjadikannya agak terhad dan ketinggalan zaman untuk keperluan trading pada era semasa.

Alatan carta

MT5 menawarkan rangkaian 44 objek grafik yang mengagumkan, termasuk alat lukisan canggih seperti bentuk geometri, saluran (channels), dan alat khas seperti Gann, Fibonacci, dan analisis Elliott Wave. Senarai ketersediaan pilihan yang besar ini meningkatkan keupayaan trader untuk mengunjurkan pergerakan harga masa depan dengan lebih tepat.

MT4 pula menyediakan 31 objek grafik, seperti garisan, saluran, alat Gann dan Fibonacci, bentuk, dan anak panah. Walaupun alat ini menyokong analisis teknikal asas, ia gagal menyaingi keupayaan MT5 yang lebih bernuansa dan lebih luas cakupannya, menjadikan MT5 platform pilihan untuk trader yang mencari alat analisis yang komprehensif.

Rangka masa

MT5 menyediakan 21 rangka masa: minitan (M1, M2, M3, M4, M5, M6, M10, M12, M15, M20, M30), jaman (H1, H2, H3, H4, H6, H8, H12), harian (D1), mingguan (M1), dan bulanan (MN). Pilihan yang begitu luas memberikan trader kelebihan untuk menjalankan analisis yang lebih mendalam mengenai aset kegemaran mereka.

MT4 hanya menawarkan 9 rangka masa: minitan (M1, M5, M15, M30), jaman (H1, H4), harian (D1), mingguan (M1), dan bulanan (MN).

Pesanan trading

MT5 menyediakan sistem pengurusan pesanan yang lebih canggih dengan enam jenis pesanan tertangguh (pending orders), memperluaskan lagi pilihan strategik yang ada untuk trader. Selain daripada empat jenis pending order yang ditawarkan oleh MT4 — buy stop, buy limit, sell stop, dan sell limit — MT5 memperkenalkan dua lagi pending order tambahan: buy stop limit dan sell stop limit. Pilihan tambahan ini memungkinkan strategi masuk dan keluar yang lebih tepat, mencerminkan kecanggihan MT5.

MT4, sebaliknya, terhad kepada empat jenis pesanan asas yang kami sebutkan sebelum ini: buy stop, buy limit, sell stop, dan sell limit. Setup yang lebih asas ini mengehadkan pedagang kepada strategi trading yang lebih mudah dan menyerlahkan keunggulan MT5 sebagai platform trading yang lebih serba boleh dan berkemampuan.

Kalendar Ekonomi

MT5 menawarkan Kalendar Ekonomi bersepadu sepenuhnya yang memberikan maklumat masa nyata yang berguna tentang acara dan peristiwa makroekonomi kepada para trader. Ciri terbina dalam ini membantu trader menjejaki pengumuman kewangan utama yang boleh memberi kesan signifikan kepada harga aset, menjadikannya alat yang penting untuk keputusan trading yang bermaklumat dan perancangan strategik.

Sebagai perbandingan, MT4 tidak mempunyai Kalendar Ekonomi yang terbina dalam, yang memerlukan pedagang bergantung pada kalendar pihak ketiga untuk sentiasa mengikuti berita kewangan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan Kalendar Ekonomi FBS untuk mengikuti peristiwa makroekonomi yang menggerakkan pasaran.

Perdagangan demo
 
Kedua-dua MT5 dan MT4 menyokong perdagangan Demo. Ini bermakna anda boleh cuba berdagang dalam keadaan pasaran sebenar tanpa risiko kehilangan modal. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuka akaun Demo percuma. Ia berfungsi dengan cara yang sama seperti akaun Sebenar, kecuali anda berdagang dengan wang maya, bukan wang sebenar. Akaun Demo adalah cara yang terbaik bagi setiap trader pemula jika mereka mahu meninjau suatu platform yang baru bagi mereka dan menguji alatan trading.



Kebolehgunaan & mobiliti

Platform MT5 dan MT4 ditawarkan dalam tiga format: desktop, mudah alih (peranti pintar), dan pelayar web.

1. Desktop: Windows, macOS, Linux

2. Mudah alih: Android, iOS

3. Pelayar web: Mozilla Firefox, Google Chrome, Apple Safari, Microsoft Edge, Opera, dan Internet Explorer

Kedua-dua MT5 dan MT4 sangat serupa dari segi reka bentuk dan kebolehgunaan. Menu utamanya sedikit berbeza, tetapi ciri-ciri yang paling biasa digunakan tetap sama. Anda boleh melaras suai antaramuka untuk memenuhi keperluan trading anda. Apa yang anda perlukan untuk bekerja dengan platform ini adalah sambungan internet.

MT5 vs MT4: Kebaikan & Keburukan

Jika anda menilai platform mana antara MT5 dan MT4 yang lebih sesuai dengan keperluan trading anda, adalah penting untuk mempertimbangkan kelebihan dan keterbatasannya.

Kelebihan MT5
MT5 adalah platform serba boleh, yang membolehkan perdagangan Forex, saham, indeks, komoditi, dan matawang kripto.

Ia menawarkan pelbagai alatan carta, indikator teknikal, dan rangka masa yang lebih luas daripada MT4, menjadikannya sesuai untuk analisis pasaran yang terperinci.

Kelemahan MT5
Hanya sedikit pengaturcara Robot dan Expert Advisor memilih MT5 pada masa ini, yang mengehadkan ketersediaan alatan perdagangan automatik tertentu.

Kelebihan MT4
MT4 sangat sesuai untuk trader pemula kerana antaramukanya lebih mudah dan ringkas.

Kelemahan MT4
MT4 menawarkan lebih sedikit pilihan dan alatan trading berbanding MT5, mengehadkan fungsinya dalam pasaran kewangan yang lebih luas.

MT4 beroperasi lebih perlahan daripada MT5, dan ini mungkin satu kelemahan dalam pasaran yang bergerak pantas.

Sama ada anda memilih MT5 atau MT4, anda memerlukan broker yang andal (reliable) seperti FBS. Kami mempunyai bahan pendidikan percuma, termasuk tutorial video mengenai MetaTrader ("Cara membuka urusniaga pertama anda dalam MT5", "Indikator teknikal dalam MT5", dan banyak lagi).

Soalan Lazim
Platform mana yang lebih baik untuk saya, MT5 atau MT4?

Kedua-dua MT5 dan MT4 adalah platform perdagangan yang berkaliber, namun untuk pedagang berpengalaman MT5 pilihan yang lebih menonjol. MT4 mudah dan sesuai untuk pemula, menyediakan semua fungsi yang diperlukan untuk bermula dalam trading. Walau bagaimanapun, MT5 adalah pilihan yang unggul lantaran keupayaan canggih, kelajuan operasi, dan sokongannya yang ekstensif untuk pelbagai instrumen kewangan. Ia adalah platform pilihan bagi mereka yang ingin memanfaatkan alat perdagangan yang canggih dan melaksanakan strategi yang kompleks, menjadikannya pilihan yang utama bagi trader yang bercita-cita tinggi.

Bolehkah saya menggunakan kedua-dua MT5 dan MT4?

Ya, anda boleh berdagang di MT5 dan MT4 jika broker pilihan anda menyokong kedua-dua platform ini. Walau bagaimanapun, anda perlu mempunyai dua akaun berasingan kerana anda tidak boleh log masuk ke platform MT5 dengan akaun MT4 anda, dan sebaliknya.

Adakah MetaTrader percuma untuk saya?

Ya, kedua-dua MT5 dan MT4 adalah percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Tiada fi atau caj untuk menggunakan platform ini.

Bolehkah saya trade di MetaTrader tanpa broker?

Tidak, anda tidak boleh trade tanpa broker. MT5 dan MT4 adalah platform perdagangan yang menyediakan alat yang diperlukan untuk berurusniaga. Tetapi dalam apa jua keadaan, anda perlu membuka akaun dengan broker, seperti FBS.

Bagaimana cara memuat turun MetaTrader di FBS?

Pergi ke laman web FBS, pilih platform, dan cari format yang sesuai untuk dimuat turun.





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini