Steve Ballmer
Steve Ballmer dikenali sebagai Ketua Pegawai Eksukutif Microsoft gergasi teknologi tinggi, selama 14 tahun. Dia telah dijemput ke jawatan ini oleh rakan universitinya, Bill Gates, yang mengasaskan perbadanan tersebut.
Di bawah kepimpinan Steve Ballmer, keuntungan bersih syarikat telah meningkat lebih dari 200%. Sudah pasti, prestasi mengagumkan ini telah memberi manfaat kepada kekayaan peribadinya. Pada masa ini, kekayaan bersih bekas CEO Microsoft dianggarkan sebanyak $120.5 bilion.
Eric Schmidt
Eric Schmidt, yang kekayaannya dianggarkan sebanyak $20.7 bilion, telah membuat sumbangan signifikan kepada perkembangan industri teknologi, sebagai eksekutif utama di beberapa syarikat terkemuka. Dia bekerja di Siebel Systems dan Novell sebelum menyertai Google pada tahun 2001 atas jemputan pengasasnya,
Larry Page dan Sergey Brin. Pada mulanya, Eric Schmidt berkhidmat sebagai pengerusi lembaga pengarah. Kemudian, dia menjadi CEO, memegang jawatan ini hingga 2011.
Ramzi Musallam
Ramzi Musallam adalah tokoh penting di Veritas Capital, sebuah firma swasta Amerika yang khusus dalam pelaburan teknologi dan kerajaan. Dia menyertai syarikat itu pada tahun 1998 atas jemputan pengasasnya, Robert McKeon, dan lama dianggap sebagai pengurus atasan kedua paling penting. Hari ini, Musallam berkhidmat sebagai CEO Veritas. Modalnya dianggarkan lebih dari $9 bilion.
John Brown
John Brown mengambil alih tampuk pimpinan Stryker setelah kematian Ketua Pegawai Ekskutifnya sebelumn ini, anak pengasas. Dalam masa yang singkat, dia mengubah Stryker dari syarikat kecil kepada sebuah syarikat yang berkuasa dalam industri peralatan perubatan.
Di bawah kepimpinannya, syarikat itu mula disenaraikan di bursa saham pada tahun 1977 dan pendapatannya meningkat dari $23 juta menjadi $4 bilion. John Brown berhenti sebagai CEO pada tahun 2009 dan kemudian menjadi pengerusi lembaga pengarah. Kini, kekayaannya bersamaan dengan $7.4 bilion.
Jonathan Gray
Jonathan Gray melengkapkan senarai jutawan, dengan kekayaan dianggarkan sebanyak $7.3 bilion. Sejak tahun 1992, dia telah bekerja di Blackstone Group, sebuah firma pengurusan aset.
Kini, Jonathan Gray berkhidmat sebagai presiden dan ketua pegawai operasi syarikat tersebut. Selain itu, dia adalah pengerusi lembaga pengarah di Hilton Worldwide.