Ringgit mengukuh kepada RM4.69 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit mengukuh kepada RM4.69 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran data pasaran buruh AS yang rendah, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6960/7020 berbanding dolar AS daripada 4.7005/7030 pada Selasa.

Laporan terkini Jobs Opening and Labour Turnover Survey (JOLTS) menunjukkan permintaan untuk tenaga kerja menurun. Kekosongan pekerjaan pada April merosot kepada 8.059 juta daripada 8.355 juta pada bulan sebelumnya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata data pasaran buruh terkini akan memberikan sebab kepada Rizab Persekutuan (Fed) untuk menghentikan seketika (kenaikan kadar faedah) dan mungkin mengubah pendirian monetarinya ke arah penyesuaian dasar untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

"Pada asasnya, terdapat banyak bukti bahawa tumpuan Fed perlu beralih kepada mandatnya yang lain; iaitu mencapai guna tenaga maksimum.

"Sehubungan itu, Indeks Dolar AS (DXY) kekal di bawah 105 mata untuk empat hari berturut-turut," katanya kepada Bernama.

Oleh itu, Mohd Afzanizam menjangka ringgit akan terus disokong dengan baik dan boleh berada di bawah paras RM4.70.

Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0248/0289 daripada 3.0293/0311 pada Selasa.

Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 5.1111/1177 daripada 5.1099/1126 dan susut berbanding pound kepada 5.9991/6.0068 daripada 5.9988/6.0020 sebelum ini.

Ringgit kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4878/4925 daripada 3.4868/4889 semalam.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8124/8333 daripada 12.8443/8568 pada Selasa, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 289.4/290.0 daripada 289.7/290.0 sebelum ini dan menambah berbanding peso Filipina kepada 7.98/8.00 daripada 8.00/8.01.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini