Sertai Pertandingan Liga Dagangan Nyata Atau Demo Eksklusif Untuk Malaysia Dari 18 Jun Hingga 18 Julai 2024. - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Sertai Pertandingan Liga Dagangan Nyata Atau Demo Eksklusif Untuk Malaysia Dari 18 Jun Hingga 18 Julai 2024.


PERTANDINGAN LIGA DAGANGAN XM

Menangi Perkongsian Hadiah Melebihi $10,000

Mulakan perjalanan dagangan anda dengan Pertandingan Dagangan Demo eksklusif untuk Malaysia. 18 Jun – 2 Julai

Pertandingan Dengan Akaun Nyata

Buka Akaun Nyata dan penuhi syarat ekuiti minimum. Bersaing untuk menang.

Pertandingan Dengan Akaun Demo

Selesaikan proses pengesahan. Bersaing bebas risiko dengan mata wang maya untuk meraih kemenangan.



Soalan Lazim

Pertandingan Nyata

Bagaimanakah cara untuk mengambil bahagian dalam pertandingan?

Langkah pertama yang diperlukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan kami ialah memilih akaun pilihan anda daripada peluncur di sebelah kiri. Anda boleh melihat semua akaun anda pada peluncur, dan peralihan anda secara automatik akan menunjukkan jika akaun yang dipilih memenuhi syarat pertandingan yang anda ingin sertai.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui lebih lanjut tentang setiap pertandingan?

Anda boleh melihat semua pertandingan yang terbuka dan akan datang di bahagian pertandingan untuk Akaun Nyata dan Akaun Demo. Selain itu, anda juga boleh melihat syarat pertandingan, tarikh mula, tarikh tamat dan tawaran hadiah pertama.

Jika pertandingan sedang berjalan, anda boleh mengklik pada kad pertandingan untuk melihat maklumat pertandingan dengan lebih terperinci, seperti kedudukan dan statistik untuk setiap pesaing dalam pertandingan tersebut.

Bolehkah saya menyertai beberapa pertandingan pada masa yang sama?

Ya! Anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dalam satu masa yang sama dengan menggunakan akaun berbeza dan memenuhi keperluan pertandingan. Walau bagaimanapun, setiap akaun individu HANYA boleh mengambil bahagian dalam satu pertandingan pada satu masa.

Bagaimanakah prestasi diukur?

Prestasi dikira menggunakan formula berikut:

Prestasi = [Ekuiti (semasa) - Ekuiti (permulaan) + P - D] / [Ekuiti (permulaan) + D]

Ekuiti (semasa) = Ekuiti anda pada setiap titik penilaian, lazimnya setiap 10 minit

Ekuiti (permulaan) = Ekuiti anda ketika menyertai pertandingan

D = Deposit yang dibuat selepas menyertai pertandingan

P = Pengeluaran yang dibuat selepas menyertai pertandingan

Prestasi anda ditentukan oleh kedudukan anda dengan pesaing lain.

Apakah yang berlaku kepada prestasi jika saya membuat deposit atau pengeluaran?

Prestasi anda TIDAK terjejas secara positif atau negatif oleh sebarang deposit atau pengeluaran yang dibuat dalam akaun dagangan anda. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa sebarang pengeluaran boleh mengakibatkan anda tersingkir daripada pertandingan. Baca lebih lanjut mengenai penyingkiran daripada pertandingan di bawah.

Apakah itu peringkat?

Harap maklum bahawa peraturan berikut tidak terpakai kepada semua pertandingan. Namun begitu, terdapat sesetengah pertandingan yang mempunyai beberapa peringkat, terutamanya yang memerlukan Akaun Nyata. Peringkat adalah kriteria kemasukan ekuiti yang berbeza untuk pertandingan yang sama. Sebagai contoh, pertandingan XYZ mempunyai Peringkat 1, Peringkat 2 dan Peringkat 3. Keperluan kemasukan ekuiti Peringkat 1 = $1,000, Peringkat 2 = $500, dan Peringkat 3 = $100. Pertandingan yang sama, tetapi anda memerlukan lebih banyak ekuiti untuk menyertai Peringkat 1. Lazimnya, anda boleh memenangi hadiah yang lebih menarik di Peringkat 1 berbanding Peringkat 2 dan 3.

Bolehkah saya menggunakan akaun MT4 atau penasihat pakar?

Pertandingan kami tersedia untuk akaun MT4/MT5, dan anda boleh menggunakan penasihat pakar mengikut kehendak anda.

Bolehkah saya menyertai pertandingan baharu dengan dagangan terbuka (menang atau kalah) yang sedia ada?

Ya, boleh. Prestasi dikira berdasarkan perubahan ekuiti bersih, jadi untung dan rugi sedia ada akan diabaikan. Perubahan kepada untung dan rugi dalam posisi terbuka selepas memasuki pertandingan diambil kira dalam prestasi pesaing.

Bagaimanakah cara kedudukan dikira?

Kedudukan dikira berdasarkan prestasi semua pesaing. Prestasi setiap pesaing dikira dan disusun mengikut tertib menurun pada setiap tempoh pengiraan (lazimnya, setiap 10 minit). Tinggi kedudukan seseorang pesaing bergantung pada ketinggian prestasinya. Pesaing dengan prestasi sifar kerana tiada aktiviti dagangan, masih akan dipaparkan sepanjang tempoh pertandingan, tetapi dikecualikan daripada sebarang hadiah.

Apakah yang berlaku jika dua pesaing mempunyai prestasi yang sama?

Jika pesaing berkongsi kedudukan yang sama, mereka perlu membahagikan hadiah sama rata untuk kedudukan tersebut.

Di manakah saya boleh melihat keputusan pertandingan?

Jika anda ingin melihat keputusan pertandingan yang telah tamat, klik pada butang ‘Tamat’ dan cari pertandingan yang diinginkan. Bagi pertandingan yang sedang berjalan, keputusan dipaparkan pada papan pemuka; yang juga memaparkan semua statistik. 


Soalan Lazim

Pertandingan Demo

Bagaimanakah cara untuk mengambil bahagian dalam pertandingan demo?

Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan demo, klik pada kad pertandingan dan kemudian, klik pada butang 'SERTAI DEMO'. Sebaik sahaja anda mendaftar untuk pertandingan, anda akan mempunyai Akaun Demo MT5 dengan baki $1,000 secara automatik, dan anda akan diminta untuk mencipta kata laluan bagi akaun tersebut. Selain itu, akaun anda juga akan tersedia sebagai BACA SAHAJA sehingga hari pertandingan, dan anda boleh berdagang sebaik sahaja pertandingan bermula.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui lebih lanjut tentang setiap pertandingan?

Anda boleh melihat semua pertandingan semasa dan akan datang untuk Akaun Nyata dan Akaun Demo di kawasan pertandingan. Selain itu, anda juga boleh melihat syarat pertandingan, tarikh mula, tarikh tamat dan hadiah pertama pertandingan.

Jika pertandingan sedang berlangsung, anda boleh mengklik pada kad pertandingan untuk melihat maklumat pertandingan dengan lebih terperinci, seperti kedudukan dan statistik untuk setiap pesaing dalam pertandingan tersebut.

Bolehkah saya menyertai semula pertandingan yang sama?

Tidak. Anda boleh mengambil bahagian dalam pertandingan demo tertentu sekali sahaja. Peserta boleh menyertai pertandingan akan datang tetapi mereka tidak dibenarkan untuk menyertai semula pertandingan yang telah mereka sertai.

Bolehkah saya menambah nilai atau set semula baki Akaun Demo saya?

Tidak. Semua peserta pertandingan akan menerima $1,000 sebaik sahaja mereka mendaftar untuk pertandingan. Tiada tambah nilai atau tetapan semula yang dibenarkan.

Bagaimanakah prestasi diukur?

Prestasi dikira menggunakan formula berikut:

Prestasi = [Ekuiti (semasa) - Ekuiti (permulaan) + P - D] / [Ekuiti (permulaan) + D]

Ekuiti (semasa) = Ekuiti anda pada setiap titik penilaian, lazimnya setiap 10 minit

Ekuiti (permulaan) = Ekuiti anda ketika memasuki pertandingan

D = Deposit yang dibuat selepas menyertai pertandingan

P = Pengeluaran yang dibuat selepas menyertai pertandingan

Prestasi anda akan menentukan kedudukan anda menentang pesaing lain.

Bolehkah saya mengambil bahagian dalam pertandingan demo menggunakan akaun MT4?

Tidak. Anda boleh mengambil bahagian dalam semua pertandingan demo menggunakan akaun MT5 sahaja. Anda juga tidak perlu mempunyai sebarang akaun demo sedia ada, memandangkan akaun anda akan dicipta secara automatik sebaik sahaja anda mendaftar untuk pertandingan.

Bolehkah saya menggunakan Penasihat Pakar (EA)?

Ya, anda boleh menggunakan penasihat pakar mengikut kehendak anda.

Bagaimanakah cara kedudukan dikira?

Kedudukan dikira berdasarkan prestasi semua pesaing. Prestasi semua pesaing dikira dan seterusnya disusun dalam susunan menurun pada setiap tempoh selang pengiraan (lazimnya, setiap 10 minit). Semakin tinggi prestasi seseorang pesaing, semakin tinggilah kedudukannya dalam pertandingan tersebut. Pesaing dengan prestasi sifar kerana tiada aktiviti dagangan, masih akan dipaparkan sepanjang tempoh pertandingan, tetapi dikecualikan daripada sebarang hadiah.

Apakah yang berlaku jika dua pesaing mempunyai prestasi yang sama?

Jika pesaing berkongsi kedudukan yang sama, mereka perlu membahagikan hadiah sama rata untuk kedudukan tersebut.

Di manakah saya boleh melihat keputusan pertandingan?

Jika anda ingin melihat keputusan pertandingan yang telah tamat, klik pada butang 'Tamat' dan cari pertandingan yang berkenaan. Bagi pertandingan yang sedang berlangsung, keputusan dipaparkan pada papan pemuka bersama-sama dengan semua statistik.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini