Bitcoin jatuh lebih 10 peratus, terendah dalam tempoh sebulan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bitcoin jatuh lebih 10 peratus, terendah dalam tempoh sebulan


MOSCOW: Harga bitcoin jatuh lebih 10 peratus pada awal pagi ini, ke paras terendah dalam tempoh sebulan untuk berada sedikit di atas paras AS$54,000, demikian menurut data dagangan.

Dalam bursa mata wang kripto terbesar Binance, bitcoin diniagakan susut 10.4 peratus pada AS$54,394, setakat 2.12 GMT, lapor Sputnik.

Menurut portal Coilnmarketcap, yang mengira purata harga lebih 20 pasaran pertukaran, harga bitcoin jatuh sebanyak 11.5 peratus dalam masa sehari.

Kali terakhir bitcoin jatuh ke paras AS$54,000 adalah pada awal Julai lalu, dan sebelum itu pada akhir Februari.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini