Pengukuhan ringgit cerminkan kejayaan dasar kerajaan - Zafrul - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pengukuhan ringgit cerminkan kejayaan dasar kerajaan - Zafrul


CYBERJAYA: Pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) adalah isyarat dasar yang dilaksanakan kerajaan selama ini telah berjaya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata walaupun beberapa keputusan adalah sukar dibuat, namun ia telah membuahkan keyakinan, terutama dalam kalangan peserta ekonomi.

Zafrul berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang mencapai 5.8 peratus pada suku pertama dan anggaran untuk suku kedua menunjukkan asas pengukuhan ringgit.

"Faktor utama adalah peningkatan perdagangan dan pelaburan, dengan perdagangan meningkat sebanyak 8.4 peratus dalam enam bulan pertama tahun ini dan pelaburan naik 13 peratus.

"Namun, pengukuhan ringgit juga dipengaruhi oleh faktor global, termasuk kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) dan petunjuk penurunan kadar faedah oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dalam mesyuarat akan datang," katanya semasa sidang media di Majlis Pecah Tanah KUL2, hari ini, di sini.

Beliau berkata, walaupun begitu, ringgit telah menunjukkan prestasi yang baik berbanding mata wang lain dalam lima tahun terakhir.

"Dengan dasar yang konsisten dan pertumbuhan ekonomi yang positif, Malaysia dijangka dapat mencapai sasaran pertumbuhan KDNK antara empat peratus hingga lima peratus tahun ini," katanya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini