Analisis Elliott Wave adalah teknik meramalkan trend pasaran yang kompleks dan subjektif. Ia melibatkan dua jenis gelombang: gelombang impuls dan gelombang pembetulan.
Gelombang Impuls (Impulse Wave) menunjukkan trend bullish yang kuat. Ia terdiri daripada lima sub-gelombang: tiga menaik dan dua menurun.
Cara Mencari Gelombang Impuls:
✔️ Gelombang 3 biasanya lebih panjang daripada Gelombang 1 dan/atau Gelombang 5.
✔️ Pembetulan Gelombang 2 mestilah sekitar 38.2% hingga 61.8% daripada Gelombang 1.
✔️ Pembetulan Gelombang 4 mestilah sekitar 38.2% hingga 61.8% daripada Gelombang 3.
Gunakan aras Fibonacci untuk mengukur panjang gelombang.
Kini, impuls wave Elliott hampir selesai. Selepas Gelombang 5, dijangkakan akan berlakunya pembetulan!
Simpan catatan ini untuk panduan mempelajari Analisis Elliott Wave!