Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC


KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus didagangkan secara berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17 hingga 18 Disember.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, menjangkakan sentimen pasaran kekal lemah apabila pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

"Ketika ini, pasaran menjangkakan terdapat 96 peratus kemungkinan kadar faedah diturunkan sebanyak 25 mata asas, manakala kurang daripada empat peratus menjangka kadar kekal tidak berubah," katanya kepada Bernama.

Bagi prestasi Jumaat ke Jumaat, ringgit menyusut berbanding dolar AS kepada 4.4475/4525 berbanding 4.4170/4220 pada minggu sebelumnya.

Sepanjang minggu ini, ringgit menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.6632/6684 daripada 4.6719/6771 pada minggu sebelumnya, meningkat berbanding pound British kepada 5.6203/6266 daripada 5.6352/6416, dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.8987/9022 daripada 2.9364/9409.

Namun begitu, prestasi ringgit berbanding mata wang negara-negara ASEAN adalah bercampur-campur.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.2971/3011 daripada 3.2963/3002 pada minggu sebelumnya, serta melemah berbanding baht Thailand kepada 13.0261/0472 daripada 12.9576/9784.

Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 277.7/278.2 daripada 278.7/279.2, dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.62 daripada 7.65/7.66. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini