MYR - Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang penerbitan minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS hari ini, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan itu berada pada 3.9800/9850 berbanding 3.9655/9685 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Perdagangan OANDA Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata, kekurangan kejelasan fiskal membuatkan pelabur asing tidak memasuki pasaran.

Walaupun pelabur asing mengetepikan pasaran tempatan, dana domestik telah menjadi pembeli ekuiti yang ketara dan ini terus menyokong sentimen domestik," katanya dalam satu nota hari ini.

Sementara itu, mata wang tempatan lebih tinggi berbanding mata wang asing lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9606/9653 daripada 2.9638/9664 pada Selasa tetapi susut berbanding yen kepada 3.6311 6369 daripada 3.5754/5788 semalam.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3133/3216 daripada 5.3423/ 480 dan menokok berbanding euro kepada 4.6662/6728 daripada 4.6884/6924 pada Selasa.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini