Penurunan' (bears) Bitcoin kelihatan telah habis, semua perhatian kepada paras sokongan $7745-$7800 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Penurunan' (bears) Bitcoin kelihatan telah habis, semua perhatian kepada paras sokongan $7745-$7800




Di dalam artikel kami semalam, kami menekankan bahawa, harga Bitcoin sedang merosot menuju paras sokongan penting pada $7745-$7800. Adalah awal untuk berbicara mengenainya tetapi pemecahan menerusi zon ini akan menunjukkan hasrat pasaran ini untuk bergerak lebih rendah ke paras $7100-$7000. Sejurus sebelum permulaan sesi dagangan US, matawang digital ini sedang diniagakan pada paras $7877.

Sepanjang 24 jam lepas, permodalan keseluruhan pasaran wang kripto telah merosot sebanyak 21 billion dollar kepada paras 348 billion - nilai minimum untuk dua minggu terakhir.

Seperti yang kami catatkan sebelumnya, pembetulan semasa pasaran wang kripto boleh dikaitkan dengan tiga faktor utama: Jualan berskala besar MT Gox di dalam awal bulan Mei, polisi pencukaian Bitfinex dan skandal melibatkan dua bursa terbesar UPbit dan Bithumb.

Faktor-faktor ini memaksa para pelabur untuk hilang keyakinan di dalam pasaran wang kripto di dalam jangka pendek.

Kemungkinan, di dalam jangka pendek, harga BTC akan jatuh ke paras lebih rendah pada $7000. 'The relative strength index' (RSI) untuk Bitcoin telahpun bermula untuk menunjukkan keadaan terlebih-jual, yang biasanya membawa kepada lantunan semula yang kuat untuk BTC. Tetapi disebabkan trend ke bawah kukuh di dalam pasaran, isyarat RSI berkemungkinan diabaikan, dan 'penurunan' (bears) akan terus menolak harga ke zon $7000-$7100. Walaubagaimanapun, jika pasaran ini boleh menunjukkan penutupan hari melebihi kawasan $7745-$7800 ini akan juga menunjukkan bahawa penjual sudah keletihan dan pergerakan ke bawah lanjut mungkin berubah kepada pengukuhan pada paras-paras semasa.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini