Ringgit ditutup rendah berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan minat belian, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan berada pada 3.9800/9850 berbanding 3.9790/9830 Jumaat lalu.

Peniaga berkata, ringgit akan banyak dipengaruhi oleh faktor luaran berikutan ketiadaan data ekonomi minggu ini.

"Pelabur terus memberi tumpuan kepada keadaan hutang negara tetapi menjangka faktor luaran akan memacu momentum untuk mata wang pasaran baru muncul," katanya.

Sementara itu, ringgit lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang asing lain.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3037/3116 daripada 5.3128/3197 pada Jumaat dan meningkat berbanding euro kepada 4.6435/6505 daripada 4.6606/6665, sebelum ini.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9690/9739 daripada 2.9721/9753 padda Jumaat tetapi menyusut berbanding yen kepada 3.6370/6419 daripada 3.6348/6391.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini