Euro memperjuangkan jalannya ke atas - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Euro memperjuangkan jalannya ke atas



Untuk 24 terakhir penyusunan tenaga di dalam carta EUR/USD telah berubah dengan signifikan, walaupun ia telah boleh dibaca di dalam carta tersebut, penarikan kembali ke atas Euro adalah impresif dan berjumlah 0.6% untuk sesi dagangan Asia sahaja.

Tanda-tanda penggantian akan datang adalah ketara semalam dan bila pasaran ini menerima data lebih lemah mengenai GDP US, 'traders' bergegas untuk menutup jualan EUR/USD. Baiklah ianya terlalu awal untuk membuat kesimpulan jangka penjang tetapi sekurang-kurangnya ia adalah tanda untuk menutup posisi-posisi jualan lebih awal.

Hari ini terdapat pemandu positif lain untuk EUR/USD. Sebelumnya tersebar berita yang negara-negara peneraju Eropah berjaya mencapai persetujuan mengenai isu penghijrahan di dalam persidangan EU. Tiada lagi perincian dilaporkan setakat ini tetapi menurut laporan-laporan tidak rasmi persetujuan ini disambut baik oleh semua negara. Jika disahkan ini akan mengurangkan darjah ketidakpastian politik di Eropah dan di Jerman di mana situasi politik beralih ke dalam haluan pilihanraya baru di tengah-tengah perselisihan serius di dalam gabungan yang memerintah.

Walaubagaimanapun, di dalam sesi Eropah sebelumnya dorongan menaik dan aktiviti 'kenaikan' (bulls) telah agak merosot selepas kumpulan berita mengenai data statistik Jerman. Statistik terus membekalkan bukti yang ekonomi EU sedang menyusut.

Data Jerman mengenai jualan runcit adalah sebetulnya lemah, indeks April telah disemak, dan di dalam bulan Mei jualan jatuh sebanyak 2.1%, dengan penurunan dijangka pada 0.5%. Tetapi hari ini, 'kenaikan' (bulls) masih mempunyai peluang untuk mengukuhkan kejayaan mereka dengan data pasaran tenaga kerja Jerman, dan juga data inflasi paling penting, yang mempunyai kesan kuat kepada keputusan ECB berkenaan pelaksanaan polisi kewangan.

Situasi ini telah berubah di dalam carta dan bercakap untuk dirinya sendiri. Harga melantun semula dari paras sokongan penting1.1552 yang membuatkan pertumbuhan pasangan ini menuju paras 1.1825 agak berkemungkinan

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini