Perdagangan emas kini topik yang sedang hangat. Mengapa? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Perdagangan emas kini topik yang sedang hangat. Mengapa?


"Kehendak terhadap emas bukanlah kerana emas itu sendiri. Ia adalah wadah ke arah kebebasan dan manfaat" Ralph Waldo Emerson

Sejak zaman-berzaman, manusia memuja dan mendambakan emas kerana kilauan dan kemulurannya. Manusia mula menggunakan emas dalam jual-beli di Timur Tengah sejak 2500 tahun dahulu. Kini, ia diiktiraf sebagai bentuk wang yang tertua. Emas juga dianggap sebagai aset yang sangat selamat. Logam ini terus laku selama lebih dua ribu tahun meskipun terjadi perperangan, malapetaka dan perubahan global.




Carta bulanan harga emas (XAU/USD, MN).

Walaupun emas kekal nilainya, pusuan pembelian oleh para pedagang telah turun dan naik di dekad-dekad lalu. Selama 20 tahun sehingga tahun 2000, populariti emas telah diambil alih oleh pertumbuhan ekonomik pasaran saham yang kuat dan merecup. Lantas, antara 1982 hingga 2002 harganya turun naik di sekitar julat $300/oz dan $500/oz.

Pada dekat 2000an, perhatian kepada Emas kembali meningkat dengan perlahan-lahan, tetapi yakin, sehinggalah popularitinya meledak sewaktu krisis kewangan global pada tahun 2008. Pada hujung 2011, harga emas telah meningkat secara dramatik, memecahkan harga rekod $1900. Di dalam artikel ini, kami akan menyoroti faktor-faktor utama yang mempengaruhi harga emas bersama dengan kaedah-kaedah perdagangan yang paling meluas digunakan dan strategi-strategi yang ampuh.

Daya yang mendorong harga emas
Emas adalah antara aset kewangan yang paling kompleks untuk dinilaikan. Ia umpama matawang yang popular seperti dolar AS dan euro disebabkan oleh kestabilan, kekuatan dan pengiktirafan di seluruh dunia. Namun, bertentangan dengan sifat matawang yang didagangkan dengan meluas, emas tidak disokong oleh asas ekonomi pekerja, syarikat dan infrastruktur.

Ini bererti emas mempunyai karakteristik fizikal yang standard dan lebih mirip kepada komoditi yang datang dari tanah seperti minyak atau jagung. Namun harga emas sering berubah-ubah tidak selari dengan permintaan dan penawaran industrinya, membezakannya dari komoditi-komoditi lain.

Trend-trend utama logam kuning ini didorong oleh emosi pedagang dan tindakan yang disebabkan oleh dinamik ini. Para pedagang emas terbahagi kepada dua kategori. Satu golongan percaya bahawa harga emas harus lebih dari $10,000 per auns bila bank-bank pusat sedang menurunkan nilai matawang mereka. Golongan satu lagi terdiri dari para pedagang bearish, yang sangat pasti bahawa harga emas harus menghampiri $100 kerana ini unsur yang sudah habis zamannya dan tidak akan berguna lagi di masa sekarang dan masa hadapan. Carta pertama menunjukkan bahawa emas sudah kehilangan sinarnya, sementara popularitinya di pertengahan dan penghujung 2000an tampak agak menggila.

Emas tidak mendatangkan pendapatan kepada anda di dalam bentuk bunga (%). Bila kadar faedah di Amerika Syarikat – ekonomi utama dunia – meningkat, permintaan terhadap emas menurun kerana para pedagang lebih gemar melabur pada bond dan instrumen-instrumen kewangan lain. Bila kadar faedah AS turun, daya tarikan emas meningkat dan begitu jugalah harganya. Itulah sebabnya mengapa para pedagang emas perlu memantau harga kadar faedah AS.

Bagaimanakah emas berkorelasi dengan dolar AS?
Korelasi antara emas dan dolar AS adalah perbalahan utama antara para pedagang emas. Adalah lebih munasabah jika kita anggap kedua-dua aset ini berkorelasi secara silang, kerana harga emas disebut dalam dolar AS. Harga emas dan dolar AS bergerak secara berlawanan antara satu sama lain. Dalam ayat yang lebih mudah, bila harga dolar meningkat, semakin sedikit dolar diperlukan untuk membeli satu auns emas. Justeru, bila harga dolar semakin rendah, lebih banyak dolar diperlukan untuk membeli satu auns emas.

Dalam masa yang sama, keadaannya tidaklah semudah itu. Ya benar, kebanyakan masanya saling hubung antara dolar AS dan emas memang seperti yang dinyatakan di atas. Namun, di waktu-waktu krisis kewangan, seperti yang berlaku pada tahun 2009, dan waktu-waktu genting yang tidak stabil lainnya, kedua-dua emas dan dolar AS meningkat dalam masa yang sama. Ini terjadi kerana para pedagang menganggap kedua-duanya sebagai pelaburan yang selamat.

Bandingkan harga emas dengan harga dolar AS: mereka biasanya bergerak dalam arah bertentangan tetapi boleh meningkat bersama-sama di waktu-waktu darurat kewangan (garisan biru adalah harga emas, manakala garisan hijau mewakili indeks dolar AS).


Strategi memperdagangkan emas
Seperti mana-mana instrumen perdagangan, tiada satu cara "terbaik" untuk berdagang emas. Namun, strategi-strategi teknikal perdagangan yang dipakai dengan instrumen perdagangan lain boleh disuaikan dengan mudah untuk pasaran emas. Ini berkesanan khususnya memandangkan kepada kecenderungan emas untuk membentuk trend yang berpanjangan. Dari itu, ramai pedagang berjaya menerapkan strategi berdasarkan garisan trend, analisis Fibonacci dan osilator terlebih jual/beli seperti RSI dan Stokastik.

Strategi jangka pendek: pilih trend dengan persilangan purata bergerak

Satu cara yang tipikal untuk membuat untung dari trend yang lazim berulang di emas adalah menggunakan strategi persilangan purata bergerak (moving average crossover). Berdasarkan strategi ini, emas berbaloi dibeli jika purata bergerak jangka sederhana menyilang ke atas purata bergerak yang lebih panjang tempohnya. Justeru, bila purata bergerak jangka yang lebih pendek menyilang ke bawah purata bergerak yang lebih tinggi adalah lebih baik untuk menjual emas.

Para pedagang berselisih dari segi pemahaman mengenai selang masa terbaik antara kedua-dua purata bergerak itu. Salah satu penyelesaian yang baik adalah persilangan 10-tempoh dan 60-tempoh purata bergerak pada carta 1 jam. Tatacara begini biasanya membolehkan para pedagang berdagang dengan jayanya di pertengahan trend. Namun, prestasi masa depan tidak dapat dijamin. Cara untuk menggunakan strategi ini di pasaran emas ditunjukkan di carta berikut.

Garisan hijau adalah MA 10 jam, dan garisan biru adalah MA 60 jam. Garisan hijau turun ke bawah garisan biru pada harga $1,299.45. Jika dibaca bersekali dengan penembusan ke bawah harga terendah sebelumnya, ini adalah signal untuk jual. Ternyata, harga di carta turun semakin rendah membolehkan pedagang membuat keuntungan menerusi dagangan jual. Kemudian garisan hijau merapati garisan biru. Jika garisan hijau menembusi ke atas garisan biru, itu adalah signal untuk membeli emas.

Strategi perdagangan ini boleh membantu pedagang menangkap bahagian pertengahan suatu trend. Namun, menggunakannya ketika tiada trend pada emas dan harganya mendatar boleh menyebabkan dagangan yang merugikan berulang-ulang kali. Kesannya, para pedagang akan berasa seperti mahu menambah indikator lain kepada strategi ini, kononnya untuk meningkatkan keberuntungannya dalam jangka panjang.

Strategi jangka panjang: ikuti aras kadar faedah sebenar

Para pelabur dan pedagang posisi jangka panjang boleh fokus kepada faktor-faktor fundamental yang mempengaruhi harga emas, secara khususnya pada aras kadar faedah sebenar. Kadar faedah yang lebih rendah mendorong kepada harga emas yang lebih tinggi.

Biasanya pedagang jangka panjang mempertimbangkan peluang membeli jika pulangan bunga di bawah 1%. Mereka menggunakan pulangan TIPS (Treasury Inflation-Protected Securities) sebagai proksi untuk kadar faedah sebenar di Amerika Syarikat. Jika pulangan dari TIPS meningkat kepada lebih 2%, para pelabur fokus kepada dagangan jual. Pastinya, kaitan antara pulangan sebenar dan harga emas penting bagai tempoh yang lebih panjang. Para pedagang emas jangka pendek boleh melupakan tentang aras kadar faedah.

Peluang untuk menggunakan kadar faedah sebenar sebagai penyaring adalah antara pilihan unik yang para pedagang boleh aplikasikan untuk mendapatkan kelebihan bila berdagang emas. Secara keseluruhannya, "matawang" tertua dunia ini menawarkan pelbagai strategi dan peluang yang tak terbatas.

Perdagangan emas dengan FBS

FBS menawarkan anda peluang untuk membuat keuntungan dengan emas!

Anda boleh menemui emas menerusi simbol XAU/USD di MetaTrader. Cari spesifikasi kontrak untuk perdagangan emas di laman web FBS.  

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini