Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana dolar AS berterusan meningkat berikutan berkurangnya permintaan untuk mata wang pasaran baru muncul di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang berterusan, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.0395/0425 berbanding dolar AS daripada 4.0370/0420 semalam.

Peniaga berkata, ringgit kekal berada di bawah tekanan berbanding dolar AS yang kukuh selepas data inflasi AS mengesahkan semula jangkaan bahawa Rizab Persekutuan akan meningkatkan kadar faedah dua kali lagi tahun ini.

"Dengan prospek kadar faedah AS yang tinggi merangsang dolar US dan menambah kebimbangan terhadap aliran keluar modal daripada pasaran baru muncul, ringgit mungkin akan menyaksikan lagi penyusutan," kata peniaga berkenaan.

Bagaimanapun, pada penutup, ringgit didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9643/9672 daripada 2.9651/9699 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7161/7212 daripada 4.7237/7312 semalam.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.3394/3438 daripada 5.3466/3552 dan meningkat berbanding yen kepada 3.5926/5959 daripada 3.6297/6352 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini